Isnin, 3 Julai, merupakan hari paling panas pernah direkodkan di seluruh dunia, menurut data daripada Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan Amerika Syarikat, lapor Reuters.

Purata suhu global mencecah 17.01 darjah Celsius (62.62 Fahrenheit), melepasi rekod Ogos 2016 sebanyak 16.92C (62.46F) ketika gelombang panas melanda seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di bahagian selatan Amerika Syarikat telah menderita suhu panas yang melampau sejak beberapa minggu ini. Di China, gelombang haba kekal, dengan suhu melebihi 35C (95F). Afrika Utara pula mencatatkan suhu hampir 50C (122F).

Malah Antartika, pada musim sejuknya, mencatatkan suhu tinggi yang tidak normal. Pangkalan Penyelidikan Vernadsky Ukraine di Kepulauan Argentina baru-baru ini memecahkan rekod suhu Julai dengan 8.7C (47.6F).

“Ini bukan peristiwa penting yang harus kita raikan,” kata ahli sains iklim Friederike Otto dari Institut Grantham untuk Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di Imperial College London. “Ia adalah hukuman mati untuk manusia dan ekosistem.”