Ecuador mencipta antara kejutan yang epik di Piala Dunia 2026 apabila bangkit menewaskan gergasi Eropah, Jerman 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik.
Sebelum perlawanan, Ecuador hanya mengutip satu mata hasil kekalahan kepada Ivory Coast dan keputusan seri tanpa jaringan menentang Curacao. Mereka turun dengan misi wajib menang, manakala Jerman sudah pun mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan.
Ecuador gagal menemui jaringan dalam 2 perlawanan pertama mereka. Dan itu cukup menggambarkan bahawa ini adalh misi sangat sukar.
Lebih sukar apoabila Jerman menurunkan kesebelasan kuat mereka, walaupu sudah mara. Jeramn mahukan momentum kemenangan itu.
Tambah lebih seukar, pada permulaan perlawanan tampak memihak kepada Jerman apabila Leroy Sane meletakkan pasukan kendalian Julian Nagelsmann di hadapan seawal minit kedua.
Sane menyudahkan gerakan pantas yang dimulakan Florian Wirtz dan Aleksandar Pavlovic.
Ecuador bagaimanapun tidak hilang keyakinan diri.
Hanya tujuh minit kemudian, Nilson Angulo menyamakan kedudukan menerusi rembatan menarik dari luar kotak penalti selepas memanfaatkan kesilapan benteng Jerman.
Gol tersebut menyuntik semangat skuad Amerika Selatan itu yang tampil lebih berani menguasai permainan walaupun berdepan lawan bertaraf dunia.
Mereka terus memberi tekanan sehingga berjaya memperoleh gol kemenangan menerusi Gonzalo Plata pada babak kedua.
Keputusan itu cukup bermakna buat Ecuador kerana mereka sebelum ini gagal menjaringkan sebarang gol dalam dua aksi pertama kejohanan.
Mereka akhirnya meledak dua jaringan pada saat paling diperlukan untuk melakar kemenangan bersejarah.
π¨ πππ π¬π’π¨ ππ‘π’πͺ: Ecuador is, after Japan, only the second non-European national team to come from behind to beat Germany in the entire history of the World Cup.
Β· 6 European nations have done it previously
Β· Japan in 2022 and Ecuador in 2026 are the only 2 non-Europeanβ¦ pic.twitter.com/Ry76fE1bIR— The Touchline | π (@TouchlineX) June 25, 2026
Lebih manis, kemenangan ke atas juara dunia empat kali itu memastikan Ecuador mara ke pusingan 32 terbaik, sekali gus melengkapkan kebangkitan dramatik selepas permulaan hambar dalam Kumpulan E.
Dalam satu lagi perlawanan, Ivory Coast telah berjaya menewaskan Curacao untuk memastikan mereka turut mara ke kalah mati mengiringi Jerman sebagai naib juara kumpula.