Eddie Howe secara terbuka mengakui secara terbuka dan jujur bahawa Alexander Isak sudah memaklumkan kepadanya sejak Mei lagi bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu.

Dan Howe pada masa itu sedia untuk mencari pengganti kepada pemain tersebut.

Namun begitu Eddie Howe tidak menganggap bahawa itu adalah satu janji kepada Isak sepertimana didakwa pemain itu dalam kenyataan di IG baru baru ini bahawa, Newcastle telah mengkhianatinya.

Eddie Howe tidak menafikan kenyataan Isak bahawa pemain itu sudah menyatakan hasratnya untuk keluar dari Newcastle. Namun pada masa yang sama dia menganggap percakapan antara mereka hanyalah percakapan individu, bukannya perjanjian rasmi.

Newcastle sudah berusaha mencari pengganti kepada Isak sejak awal jendela perpindahan dibuka. Mereka cuba mendapatkan pemain seperti Joao Pedro, Liam Delap, Hugo Ekikite dan Benjamin Sesko.

Malangnya, kesemua pemain tersebut memutuskan menyertai kelab lain.

Ianya menjadi salah satu sebab kenapa Newcastle keberatan melepaskan Isak dan pada masa yang sama meletakkan harga £150 juta.

Eddie Howe berkata: “Ya, saya dan Alex ada bercakap tentangnya menjelang akhir musim lalu. Ya, saya bukannya duduk di sini untuk menafikan apa yang dia katakan.

“Saya sentiasa berkata bahawa, percakapan secara individu adalah lebih baik kekal peribadi / tertutup. Namun ya, kami ada bercakap pada akhir  musim lalu.”