Ramai menyangka kerja sebagai suri rumah tampil mudah namun realitinya ia sangat memenatkan sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan mental.
Baru-baru ini, seorang wanita yang dengan identiti dirahsiakan berkongsi satu detik hitam buat dirinya apabila terpaksa mengambil langkah drastik kerana terlalu penat menjaga anaknya sewaktu suami berkerja di luar kawasan.
Difahamkan anaknya baru berusia setahun enam bulan itu sukar untuk tidur dan kalau tidur pun sekejap sahaja pada waktu malam. Tidak dapat dipastikan mengapa anaknya kerap terkejut sewaktu tidur sekaligus menjejaskan waktu rehat ibunya di waktu malam.
“Aku campur susu anak aku dengan ubat batuk. Anak aku setahun enam bulan. Aku penat sangat hari ini. Anak aku jenis mengempeng (bergantung dengan susu mendapatkan ketenangan),” keluhnya.
Menurutnya, sampaikan tahap dia sudah mempunyai bulatan hitam melengkung di sekeliling kawasan mata ekoran tidak mendapat cukup rehat.
Luluh hati seorang ibu terpaksa mengambil jalan terakhir dengan memasukkan ubat batuk( yang biasanya mempunyai dos tidur yang kuat) ke dalam susu anaknya untuk mendapatkan rehat yang diperlukan selama ini.
Dia mendakwa menangis sewaktu meletakkan ubat batuk kerana mengenang nasib anaknya yang tidak berdosa tetapi terpaksa diperlakukan sebegitu.
Kak seek help kak. Kesian anak hm
POCO F7 Ultra Smartphone | 12GB+256GB/16GB+512GB https://t.co/EKSOFQOvNT https://t.co/HbnoNuHzLQ pic.twitter.com/pSBl7eUi43
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) June 22, 2025
Luahan wanita itu mendapat perhatian di platform X dan ramai bersimpati dengan nasib wanita itu dan memintanya untuk bertemu dengan pakar sebelum ia lebih melarat.
Selain itu, ada juga membangkitkan isu kesihatan yang serius akan dihadapi kepada anak jika diberikan dengan kuantiti yang berlebihan.


Ramai mencadangkan wanita itu untuk mendapatkan sokongan keluarga dengan menyerahkan anak kepada jagaan orang lain dan mengambil masa rehat secukupnya untuk mental dan fizikal peribadi.
Kami sarankan buat pembaca yang mengalami masalah serupa untuk mendapatkan bantuan dari NGO dan agensi kerajaan seperti Befrienders Kuala Lumpur menerusi talian 03-7627 2929 atau Malaysian Mental Health Association (MMHA) menerusi +603-2780 6803 dan juga MENTARI Malaysia, sebuah program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyediakan rawatan berterusan, intervensi psikososial (kaunseling, psikoterapi, psikoedukasi), dan kumpulan sokongan.
Terdapat sekurang-kurangnya satu MENTARI di setiap negeri.