Biasa tak anda dengar tentang VPN sebelum ini? Jika anda seorang yang sudah biasa dengan dunia siber, pasti sudah tahu tentang kegunaan VPN ini. tetapi buat anda yang tidak tahu, ini penjelasan sebab sedikit tentang VPN dan mengapa NordVPN adalah pilih terbaik yang ada ketika ini.

VPN merupakan singkatan kepada Virtual Private Network, ialah beberapa rangkaian komputer dan rangkaian persendirian (private network) dihubungkan melalui rangkaian awam (public network) atau internet. Ia menjadikan komputer jarak jauh yang mengakses rangkaian tertentu seperti berada ditempat yang sama dengan rangkaian tesebut, dan sambungan tersebut disulitkan.

Terdapat pelbagai faktor popular mengapa pengguna siber menggunakan VPN tetapi faktor utama seperti sekatan geo-restriction dan keselamatan (no-logs) menjadi sebab pengguna melanggan servis VPN.

Apa yang dimaksudkan dengan tanpa log?

Tanpa log adalah frasa yang kerap digunakan oleh perkhidmatan VPN. Secara ringkasnya, penyedia VPN tidak memantau aktiviti anda dalam talian dan menyimpan log carian anda.

Log carian ini merangkumi pelbagai aspek antaranya maklumat sensitif pengguna seperti alamat IP, masa sambungan, penggunaan jalur lebar, metadata, dan sejarah pelayaran.

Dengan tidak menyimpan maklumat pengguna yang boleh dikenal pasti, perkhidmatan VPN memberikan keselamatan maksimum daripada kebocoran data.

Penting sangatkan polisi ‘no-logs’ ini?

VPN tanpa log ini sangat penting sekiranya anda mementingkan privasi dan data peribadi daripada diketahui atau diakses oleh mana-mana pihak; lebih bagus lagi jika penyedia VPN anda juga tidak boleh mengases aktiviti online anda.

Polisi tiada log ini sangat penting bagi mengelakkan data peribadi pengguna tertiris kepada pihak ketiga; atau lebih buruk data peribadi anda dijual ke pihak lain tanpa pengetahuan anda.

Polisi ‘no-logs’ NordVPN yang diyakini

NordVPN menduduki tempat teratas sebagai salah satu perkhidmatan VPN terbaik pada tahun 2022 kerana ciri-ciri keselamatan canggihnya, antaranya dasar tiada pengumpulan log.

Meskipun mungkin kedengarannya sukar dipercayai, NordVPN mempunyai polisi tanpa log yang ketat untuk menawarkan keselamatan maksimum kepada pengguna. Walaupun penyedia VPN lain mengaku tidak menyimpan rekod, NordVPN tetap setia kepada tuntutannya.

Data Logging merupakan proses mengumpulkan dan menyimpan data selepas menjejaki aktiviti pengguna dari semasa ke semasa. VPN lain menggunakan proses ini untuk mengumpul maklumat tentang minat pengguna, tidak semestinya alamat IP, timestamps, atau alamat laman web yang mereka lawati.

Kebanyakan VPN percuma mengumpul data pengguna untuk dijual kepada pihak ketiga. Ini merupakan pelanggaran privasi yang besar bagi pengguna, jadi anda perlu berhati-hati semasa memilih VPN. Perkhidmatan VPN mana pun yang mengumpul log penggunaan dan maklumat sensitif mesti menimbulkan kebimbangan dan perlu dielakkan dengan sebaiknya.

Dari segi privasi pengguna pula, tanpa log adalah ciri yang mesti ada dalam VPN. Tujuan utama pengguna menggunakan VPN adalah untuk menjaga keselamatan daripada jenayah siber dengan melindungi maklumat sensitif pengguna.

VPN yang tidak memantau atau menyimpan log aktiviti pengguna memastikan anonimiti maksimum bagi pengguna dan melindungi mereka daripada kebocoran data. Jika sebuah VPN mematuhi dasar tanpa log, pengguna boleh melayari web dengan selamat tanpa perlu risau tentang perisikan, serangan siber, atau kebocoran data bagi menghindarkan mereka daripada penipuan dan pencurian identiti.

Bolehkah anda bergantung pada dasar Tanpa Log NordVPN?


Jika tak kenal, maka tak cinta. Jawapannya pastilah YA, NordVPN boleh dipercayai dengan mengambil kira tiga sebab utama ini;

1) NordVPN berpusat di Panama

Panama merupakan sebuah negara tanpa undang-undang penyimpanan data. Kerana Panama terletak di luar wilayah Amerika Syarikat (AS) atau Eropah (EU), bidang kuasa mereka tidak terpakai di sini. Selain itu, Panama bukan ahli dalam Pakatan 5/9/14-Eyes, bermakna NordVPN tidak terikat secara undang-undang untuk berkongsi maklumat pengguna dengan pihak ketiga.

2) Diaudit oleh firma audit paling berprestij

NordVPN diaudit oleh PricewaterhouseCoopers AG, untuk kali pertama pada tahun 2018. NordVPN telah mendapatkan khidmat audit bebas buat kali ketiga pada tahun 2021 oleh VerSprite. Ketiga-tiga audit tersebut mendapati dasar tanpa log NordVPN adalah tepat dan sah.

3) Pembayaran melalui kriptowang

Dengan menerima bayaran Bitcoin, NordVPN memastikan privasi dan keselamatan pengguna pada tahap maksimum. Pengguna boleh membuat pembelian VPN tanpa risiko menerusi dompet kripto NordVPN yang dilindungi oleh jaminan wang dikembalikan selama 30 hari.

Masa terbaik untuk anda berpindah ke NordVPN

Apabila ada perkhidmatan VPN mengaku memiliki dasar tanpa log, pengguna perlu berfikir terlebih dahulu daripada terus ‘mempercayai’ janji-janji mereka kerana tidak ada bukti yang 100% sah. Tetapi tidak bagi NordVPN.

Perkhidmatan NordVPN tidak hanya mengaku tetapi juga membuktikan kesahihan dasar tanpa lognya. Dengan mengambil inisiatif untuk memberi akses mengaudit pelayan mereka dan menguji dasar mereka, VPN ini benar-benar serius dalam memastikan privasi pengguna menjadi keutamaan.

VPN ini adalah pilihan terbaik anda berkaitan dengan keselamatan dalam talian, penyulitan data dan pengalaman online yang selamat. Muat turun NordVPN untuk iPhone atau Android anda dan untuk info lanjut tentang NordVPN, boleh tekan di sini.