Jenama Rolex merupakan satu simbol kemewahan dan sering menjadi pilihan untuk dipakai oleh mereka yang mahu menunjukkan status sosial kepada khalayak ramai.
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya di laman TikTok dimana beliau tidak dibenarkan masuk ke salah satu butik jam tangan mewah itu yang terletak di ibu negara.
Baca Juga:
- Peniaga Petaling Street Terpinga, IShowSpeed Teruja Bayar RM510 Untuk Rolex Disangka ‘Real’
- ‘Pelajar Pakai Tomaz Bukan Rolex’ – Pengetua Sekolah Sabah Bidas Tuduhan Liar Netizen
- Jam Rolex Datejust Dr. Zulkifli Berjaya Terima Bidaan Tertinggi Berjumlah RM135,000
Sales Assistant Rolex Pandang ‘Atas Bawah’
Lelaki tersebut pergi ke salah satu butik di Pavilion namun tidak dibenarkan masuk oleh Sales Assistant (SA). Beliau kemudian berkata salah seorang staf telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkannya terasa hati.
Lelaki ini menceritakan pengalamannya kena reject daripada masuk ke butik Rolex untuk kali pertama. pic.twitter.com/N6H7nphez1
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) March 23, 2025
“Kalau you nak cari Tissot atau G-Shock, takde kat sini tau,” kata seorang staf kepada lelaki tersebut.
Lelaki itu yang kecewa dengan kenyataan staf butik kemudiannya mempersoalkan mengapa staf itu mengeluarkan kenyataan sedemikian walhal mereka hanya pekerja di butik tersebut, bukan pemilik.
Kerana sakit hati, lelaki tersebut kemudiannya pergi ke satu lagi butik jam ternama iaitu Cartier dimana beliau mendapat layanan yang lebih baik berbanding staf butik Rolex.
Di ruangan komen, ada netizen yang memuat naik jam Cartier yang dibeli lelaki terbabit bernilai ribuan ringgit.

Bukan sahaja di Malaysia, jenama Rolex di luar negara juga mengenakan peraturan yang ketat kepada mana-mana individu yang mahu membeli produk mereka.
Menurut perkongsian Love Luxury, pelanggan memiliki pilihan yang terhad untuk membeli model yang tersedia secara komersial. Apabila ada model yang direka semula, besar kemungkinan jam tersebut tidak dijual kepada orang ramai dan hanya ada individual terpilih yang boleh mendapatkannya.
Selain itu, versi edisi khas hanya tersedia untuk tempoh yang singkat. Sebaliknya, jika anda menumpukan pada pasaran terpakai, anda akan melihat rangkaian model yang lebih besar untuk dipilih, model terhad boleh diambil pada harga yang berpotensi lebih tinggi daripada butik.