Emma Maembong hairan netizen mengaburkan mukanya dan cakap berlapik ketika berkongsi gambar yang didakwa artis popular masuk ke kelab malam di Sarawak.

 Emma Maembong terkilan gambar dikaburkan

Emma Maembong agak terkilan kerana netizen mengaburkan mukanya ketika berkongsi gambar tersebut. Ianya seolah olah  seperti dia ‘terkantoi’ melakukan kesalahan.

Sedangkan menurut pelakon sensasi itu, dia tidak berniat mahu menyembunyikan identitinya ketika memasuki kelab malam tersebut.

Emma maembong
Foto: Mstar

Emma berkata, dia masuk ke kelab malam itu untuk hadir menyokong teman lelakinya, DJ Kidd yang sedang bekerja di kelab malam tersebut.

Dipetik dari sumber mStar, Emma berkata: “Saya tak faham, kenapa orang nak melebih lebihkan keadaan sehingga mengaburkan muka saya.

“Mudah sahaja, saya pergi ke Sibu sebab penggambaran muzik video. Kebetulan DJ Kidd ada di situ.”

Emma Maembong menegaskan bahawa dia sangat terbuka dalam perkara tersebut dan mengambil peluang beramah mesra bersama peminat yang berada di kelab malam.

Emma Maembong Terkilan Netizen Kaburkan Gambarnya Masuk Kelab Malam

“Saya sendiri masuk ke kelab malam itu tanpa pelitup muka atau topi, sebab saya memang nak tengok dia [DJ Kidd] spin.

“Apabila ada orang merakam saya, saya siap lambai kepada mereka, saya tahu ramai yang merakam saya, dan saya biarkan sahaja,” tambah Emma Maembong.

Kemudian dia menegaskan bahawa dia bukannya masuk ke kelab malam itu secara menyorok, sebaliknya dia sendiri selesa masuk ke situ dan berada di situ dengan gembira.

“Benda ini bukan sorok sorok, lainlah kalau saya terkantoi dan tersebar,” kata Emma ketika dia meminta peminat agar tidak perlu mengaburkan gambarnya di media sosial, agar tidak berteka teki kepada netizen lain.

Dia juga gembira kerana menikmati malam di kelab malam itu dan ramai yang menjaganya.