Gara gara begelek dengan hoodie dengan tema bendera Palestin, Emma Maembong mengundang kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif dan tak kena.

Emma Maembong mempromosikan hoodie tersebut kepada orang ramai di ruang Instagram miliknya. Dan dia memilih untuk bergelek bagi tujuan konten.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Apa yang kurang menyenangkan netizen adalah hoodie tersebut adalah dengan tema bendera Palestin.

Di mana negara Palestin ketika ini sedang bergolak kerana serangan daripada Israel yang menyebabkan ramai nyawa orang awam terkorban.

Ramai memuji hoodie yang dipakai oleh Emma Maembong tersebut. Namun mereka menegur tindakan Emma Maembong sebagai tidak sepatutnya menggunakan hoodie yang bertemakan bendera Palestin itu untuk video berjoget gembira di Instagram.

Pengguna IG, Millo6073 berkata: “Baju tu dah Palestin, tetapi dah bergelek macam ni. Sorry bukan tak suka Emma, tapi cuma, tak kena. Tolonglah, kat sana tengah bersedih.”

Seorang lagi berkata: “Pakai baju bendera Palestin tetapi konten berjoget joget, bukan cara sebetulnya untuk memakainya. Tak kena langsung. Bendera itu bukan satu bahan jenaka. Tolong la buat pertimbangan bijak sikit.”

Ada juga yang mempersoalkan di mana senstiviti Emma Maembong dalam perkara itu? Ini kerana artis jelita itu selama ini menjadi antara yang lantang bersuara menyatakan sokongan kepada Palestin.

Netizen yang lain berkata: “Semua orang dewasa dan berusia dalam video ni, berstatus kakak, abang, isteri, suami dan adik. Semoga lebih matang dalam membuat content. Semoga membuat konten yang menyebarkan kebaikan dan memberi manfaat kepada yang melihatnya.”

Ada juga peminat menegaskan bahawa Emma Maembong mungkin mahu menunjukkan kepada dunia bahawa dia menyokong Palestin. Namun masih juga mereka berpendapat bahawa, dia boleh memilih banyak cara lain untuk mempromosikan hoodie tersebut kepada umum.