Enam wanita ditahan atas tuduhan berlakon dengan rela hati dalam video seks Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli.

Sebelum ini seorang lelaki dengan nama gelaran Hot Daddy telah ditahan kerana kesalahan mempromosikan persundalan. Hot Daddy ketika itu ditahan bersama sama dengan 2 teman wanitanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Awalnya mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas kesalahan tersebut yang dianggap serius kepada masyarakat. Namun bersetuju untuk membenarkan 3 tertuduh diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Peguam yang mewakili Hot Daddy kemudian meminta pengurangan amaun ikat jamin kerana Hot Daddy masih ada tanggungan iaitu 3 anak dan seorang ayah yang ada sejarah penyakit buah pinggang.

Dua lagi teman wanita Hot Daddy turut merayu untuk dikurangkan ikat jamin lalu mahkamah mengurangkan ikat jamin kepada RM10,000 kepada setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kini enam lagi wanita ditahan kerana melakukan aktiviti persundalan dengan Hot Daddy. Mereka merakam dan menjual konten video itu.

Kesemua enam wanita yang ditahan itu berusia antara 21 hingga 36 tahun itu diberkas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Menurut Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kesemua mereka melakukan kegiatan tidak bermoral itu secara sukarela atas motif keuntungan.

Hot Daddy dikatakan meraih pendapatan sehita RM120,000 daripada penjualan video itu menerusi laman X. Di mana pelanggan mereka dikenakan caj RM100 untuk 200 video sebulan dan RM20 untuk 13 video sebulan.

Dipetik daripada laman Buletin Utama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata:

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.”