Ramai wanita cair dan masih bediri teguh menyokong Hot Daddy walaupun dia kini didakwa atas kesalahan aktiviti persundalan.

Hot Daddy aka Ikhwan Ariff telah memuat naik video di TikTok yang didakwa akaun rasminya. Dan ianya mendapat sokongan daripada peminat setianya.

Baca Juga:

Di kalangan peminatnya, termasuk wanita yang masih setia memberikan sokongan kepada Hot Daddy.

Siapakah Hot Daddy?

Hot Daddy atau nama sebenarnya, Ayah kepada tiga orang anak, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, baru baru ini didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam iklan persundalan bersama dengan beberapa lagi wanita.

Seramai enam orang wanita turut didakwa bersama sama dengan Ikhwan Ariff kerana kesalahan tersebut.

Awalnya mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas kesalahan tersebut yang dianggap serius kepada masyarakat. Namun bersetuju untuk membenarkan 3 tertuduh diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Peguam yang mewakili Hot Daddy kemudian meminta pengurangan amaun ikat jamin kerana Hot Daddy masih ada tanggungan iaitu 3 anak dan seorang ayah yang ada sejarah penyakit buah pinggang.

Dua lagi teman wanita Hot Daddy turut merayu untuk dikurangkan ikat jamin lalu mahkamah mengurangkan ikat jamin kepada RM10,000 kepada setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kini enam lagi wanita ditahan kerana melakukan aktiviti persundalan dengan Hot Daddy. Mereka merakam dan menjual konten video itu.

Kesemua enam wanita yang ditahan itu berusia antara 21 hingga 36 tahun itu diberkas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Menurut Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kesemua mereka melakukan kegiatan tidak bermoral itu secara sukarela atas motif keuntungan.

Hot Daddy dikatakan meraih pendapatan sehita RM120,000 daripada penjualan video itu menerusi laman X. Di mana pelanggan mereka dikenakan caj RM100 untuk 200 video sebulan dan RM20 untuk 13 video sebulan.

Dipetik daripada laman Buletin Utama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata:

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.”

Dan beberapa hari selepas dibebaskan dengan ikat jamin, Hot Daddy tanpa segan silu telah memuat naik konten terbarunya di TikTok.

Apa yang mengejutkan pengguna di TikTok terutamanya generasi muda telah menjulang Hot Daddy sebagai wira mereka. Lebih menarik apabila ramai yang memberikan gift kepada Hot Daddy adalah dari kalangan wanita.

Pada kemuncak siaran langsungnya Hot Daddy meraih lebih 4,000 tontonan. Dan tak segan silu mempromosi ubat kuatnya.

Ramai yang malu melihat komen daripada kaum hawa yang memberikan sokongan agar Hot Daddy bangkit kembali dengan lebih kuat.

Di TikTok Hot Daddy ramai menganggap dia sebagai sifu atau idola mereka.

Dan ramai juga tidak henti henti memberikan sokongan kepada Hot Daddy.

Mengulas tentang kes mahkamah yang sedang dilaluinya, Hot Daddy enggan mengulas lanjut lagi. Dia menulis:

“Saya enggan mengulas lanjut, biarlah mahkamah yang menentukan sama ada saya bersalah atau sebaliknya.

“The case has just begun, no need to be the judge on this just pray for the best on my side.

“Thank you,saya harap semua orang diberikan kerahmatan Allah swt dan doakan yang baik baik.”

Ada juga yang mendoakan agar Hot Daddy kembali bertaubat dan mereka sentiasa menyokongnya.