Netizen mempersoalkan tindakan influencer atau pencipta konten yang menjemput Hot Daddy untuk datang ke podcast mereka.

Tindakan itu seolah olah menyokong dan mempromosikan lagi apa yang dilakukannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hot Daddy sebelum ini dituduh melakukan zina dan persundalan. Dia dituduh di mahkamah atas kesalahan tersebut yang dianggap melanggar moral.

Dia secara terang terangan merakam dan menjual video seks melibatkan dia dan kira kira 20 wanita lain.

Dengan enam daripada wanita itu turut didakwa di mahkamah atas kesalahan yang sama.

Namun mahkamah setuju untuk memberikan Hot Daddy agar dia diikat jamin.

Semalam The Vocket melaporkan bagaimana netizen terutama sekali wanita, ada yang menyatakan sokongan kepada Hot Daddy dan meraikan kemunculan semula dia di media sosial.

Kemudian terdapat pula pencipta konten yang menjemput Hot Daddy untuk datang ke sesi podcast mereka.

Ramai yang menyatakan kemarahan mereka dan meminta netizen agar tidak sesekali menonton podcast tersebut.

Ada yang mempersoalkan tindakan tersebut, kerana ianya seolah olah mengagung agungkan lelaki yang membuat konten lucah.

Seterusnya mereka juga risau dengan sikap pencipta konten podcast pada ketika ini. Kerana akses kepada konten mereka juga merupakan audien dari kalangan kanak kanak dan pelajar sekolah.

Dengan menjemput seorang yang mereka gelar ‘bapa ayam’ ianya akan mendedahkan lagi golongan muda kepada benda benda kurang berfaedah dan boleh merosakkan akhlak.

Ramai lagi yang terus mengecam pihak BGTV yang dianggap membuat perkara yang mengecewakan mereka.