Kecoh baru-baru ini apabila Hot Daddy atau nama sebenarnya Ikhwan Ariff selaku bapa kepada tiga orang anak dibawa ke mahkamah gara-gara terlibat dalam aktiviti persundalan di media sosial.

Isu ini turut mendapat perhatian ramai sehinggalah beliau berjaya diikat jamin di mana beliau dengan penuh yakin sekali lagi tampil di media sosial untuk berinteraksi bersama orang ramai.

Baca Juga:

Terbaharu, tidak hanya menghadiri jemputan podcast, tular sebuah video yang memperlihatkan beliau tampil di tempat awam di mana beliau telah disambut meriah oleh orang ramai.

Bukan sahaja dikenali, malah terdapat beberapa individu yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama beliau seakan seorang selebriti.

Sumber: Instagram @hangat
Sumber: Instagram @hangat

Video yang tular ini jelas membuatkan para netizen serta melabelkan masyarakat dalam keadaan yang sakit. Tidak kurang juga yang hairan mengapa individu yang terlibat dalam aktiviti persundalan ini diangkat masyarakat.

Difahamkan mahkamah pada awalnya tidak memberikan ikat jamin untuk kesalahan seperti ini kerana menilai impak perbuatan mereka kepada masyarakat.

Namun membenarkan Hot Daddy dan enam lagi wanita itu diikat jamin, sementara menunggu sebutan semula kes tersebut pada 12 dan 26 Mac akan datang.