Pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos akan berkelana ke Vietnam bagi menyertai Ho Chi Minh City FC secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkembangan itu diumumkan oleh Alistair Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif JDT sambil mengesahkan seorang lagi pemain, Fergus Tierney telah menyertai Chonburi FC di Thailand secara pinjaman.
Baca Juga:
“Kami berharap pinjaman ini memberi manfaat yang membolehkan Endrick dan Tierney memperoleh pengalaman berharga yang akan membuahkan hasil bagi Harimau Selatan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan rasmi.
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to wish Endrick Dos Santos and Fergus Tierney all the best following their loan moves to Vietnam and Thailand respectively.
Endrick is set to join Vietnam's Ho Chi Minh City FC while Tierney has joined Chonburi FC.
We hope the loan stints… pic.twitter.com/qKsCVItqBz
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 11, 2024
Pengumuman itu sekaligus menyaksikan Endrick menjadi pemain pertama dari Malaysia beraksi di Liga Vietnam dan mengisi kuota pemain import Asia.
Ho Chi Minh City merupakan juara Liga Vietnam sebanyak 5 kali dan pernah beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) pada musim 2020.
Musim lepas, mereka berada di kedudukan keempat dalam saingan liga dan Endrick merupakan pemain import pertama yang telah disahkan menyertai pasukan itu.
Dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Endrick merekodkan 4 penampilan bersama skuad Harimau Selatan dan pemain yang berusia 29 tahun itu masih belum menjaringkan sebarang gol mahu pun bantuan jaringan.