Umum satu dunia mengetahui Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Hamas dalam pembebasan tanah Palestin daripada rejim Israel Zionis. Sokongan itu diberikan sejak kepimpinan Tun Mahathir sehinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaharu, Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perdana Menteri berkata, dua notis yang dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar masing-masing pada 13 dan 30 Oktober lalu, manakala satu notis lagi tidak dinyatakan tarikhnya.

“Oleh kerana keengganan kita membantah tindakan Hamas dan tidak menganggap Hamas sebagai pengganas, saya mendapat maklumat melalui Kementerian Luar sudah menerima demarche iaitu tata tindak daripada Kedutaan AS sebanyak tiga kali.

“Ia disebabkan pendirian kita terutama keengganan kita menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas.

“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMTQ) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tekanan Barat untuk Malaysia mengecam kumpulan Hamas.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai hubungan dengan Hamas dari dahulu dan ini akan berterusan.

“Oleh itu, kami tidak bersetuju dengan sikap menekan mereka, kerana Hamas juga menang di Gaza secara bebas melalui pilihan raya dan rakyat Gaza memilih mereka untuk memimpin.”

Sumber