England membuka kempen Piala Dunia 2026 dengan kemenangan meyakinkan 4-2 ke atas Croatia dalam aksi peringkat kumpulan yang berlangsung di AT&T Stadium, Dallas.

Slogan Football is coming home terus menjadi propaganda England dalam setiap kejohanan major. Kerana kali terakhir mereka menang piala major adalah Piala Dunia 2026.

Perlawanan bermula dengan tempo tinggi apabila England mendahului seawal separuh masa pertama. Harry Kane membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti.

Penalti itu awalnya diselamatkan Livakovic, namun pengadil mengarahkan retake. Kane tidak melakukan kesilapan lagi untuk meletakkan England 1-0 di hadapan minit ke-12.

Namun Croatia segera membalas melalui Martin Baturina untuk menyamakan kedudukan. Dia melakukan rembatan deras menewaskan Pickford.

England kembali di depan, tetapi Croatia sekali lagi menunjukkan ketahanan mereka apabila Petar Musa menjaringkan gol penyamaan kedua sebelum rehat. Separuh masa pertama berakhir 2-2 dengan kedua-dua pasukan saling menyerang.

Bersambung babak kedua, England tampil lebih tersusun dan meningkatkan intensiti permainan. Jude Bellingham menjadi watak penting apabila meletakkan England kembali di hadapan dengan gol awal separuh masa kedua.

Croatia cuba bangkit, tetapi England lebih klinikal dalam serangan mereka. Marcus Rashford kemudian memastikan kemenangan apabila menjaringkan gol keempat pada lewat permainan – minit ke-86 – selepas gerakan kemas pasukan.

Croatia masih mencuba menekan, namun pertahanan England lebih kukuh di penghujung perlawanan untuk mengekalkan kedudukan.

Kemenangan ini memberikan permulaan positif kepada England dalam saingan kumpulan, manakala Croatia perlu memperbaiki ketajaman di hadapan gol selepas beberapa peluang terlepa