Perpindahan seorang pemain ke kelab baharu bukan sekadar melibatkan soal wang, kontrak atau masa depan karier.
Bagi pemain ini, keputusan besar tersebut turut berlaku kerana dia seorang yang kuat sembahyang. Dan akhirnya tuhan mengurniakannya perpindahan ke kelab besar.
Ketika proses perpindahan sedang berlangsung, dia mengakui dirinya banyak meluangkan masa membaca Bible dan menemukan satu ayat yang benar-benar menyentuh hatinya.
“Saya seorang yang kuat sembahyang dan sangat percaya kepada Tuhan. Saya membaca Bible dan ketika saya sedang membacanya, perpindahan itu sedang berlaku,” katanya.
Menurutnya, ayat yang dibacanya ketika itu memberikan satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan, seolah-olah menjadi petunjuk bahawa keputusan tersebut adalah jalan yang perlu dipilih.
“Saya sedang membaca satu ayat dan ia benar-benar menyentuh hati saya. Jadi, saya merasakan itulah jalan yang perlu saya pilih,” katanya.
“I’m a great believer in God. I read the Bible.”
Enzo Fernández revealed that a Bible verse touched his heart while his move to Manchester City was taking place, inspiring his decision to wear No.17. 📖🙏
Image created for illustration. pic.twitter.com/rITl2VLudJ
— Ballers In God (@BallersinGod) September 3, 2026
Bagi dirinya, keputusan perpindahan itu akhirnya bukan semata-mata berdasarkan pertimbangan bola sepak, sebaliknya turut melibatkan keyakinan peribadi dan kepercayaannya kepada Tuhan.
Perkara tersebut menjadi antara kisah menarik di sebalik keputusan yang bakal menentukan fasa seterusnya dalam kariernya.
Dia juga bangga kerana akhirnya berjaya menyertai kelab besar seperti Manchester City.
🩵🇦🇷 Enzo Fernández: “I always dreamed to be in a club as big as Manchester City”.
“This is a dream move for me. I’m really happy”. pic.twitter.com/EXwi2wjMFh
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 2, 2026