Leeds United sekali lagi mengikat Liverpool pada aksi EPL musim ini, kali ini di Anfield.
Sebelum ini anak anak buah Nigel Farke mengikat Liverpool di tempat mereka, dengan tiga sama.
Di Anfield, awal pagi tadi, Leeds berjaya mengikat Liverpool dengan seri tanpa jaringan.
Liverpool malah hampir dibolosi oleh penyerang yang dalam prestasi terbaiknya, Dominic Calvert Lewin pada separuh masa kedua, namun pemain itu ofsaid.
Skuad Arne Slot menguasai sebahagian besar perlawanan, namun gagal untuk mencetak sebarang gol dalam perlawanan ini.
Masalah utama Liverpool adalah kualiti penyudah mereka yang tumpul walaupun mereka melakukan 16 percubaan keseluruhan. Namun hanya 3 percubaan tepat.
Keputusan seri ini membuatkan Liverpool kekal di tangga ke-4. Namun mereka mempersia siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan Aston Villa.
Sementara Leeds kini berjaya menjarakkan diri 7 mata daripada zon penyingkiran.