Liverpool terus dilanda prestasi tidak menentu dalam kempen musim ini. Walaupun cemerlang menentang Galatasaray pada aksi UCL, konsistensi The Reds sekali lagi dipersoalkan.
Terbaru, skuad Arne Slot tewas di tangan Brighton yang menyukarkan usaha mereka mahu mara ke UCL musim hadapan.
Liverpool bermula dengan sangat cemerlang, namun Brighton terlebih dahulu menerusi gol tandukan Danny Welbeck pada minit ke-14.
Namun Liverpool membalas gol itu menerusi gol oleh Milos Kerkez yang mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan lawan.
Pada minit ke-56, Danny Welbeck sekali lagi menemui jaring. Kali ini lebih muda kerana dia menerima lorongan daripada rakannya pada kedudukan gawang terbuka.
VAR turut mengesahkan bahawa gol itu bersih. Welbeck berada di belakang bola.
🚨🚨| VAR RELEASES OFFICIAL PROOF THAT DANNY WELBECK WAS ONSIDE!!! ✅🎥
The goal stands! No offside for the BRIGHTON striker!BRIGHTON 2-1 LIVERPOOL. pic.twitter.com/dymcc5KIaN
— Football Scope (@FootScopeX) March 21, 2026
Ketiadaan Mo Salah dan kemudian Ekitike terpaksa dikeluarkan awal kerana kecederaan, benar benar dirasai Liverpool.
Rio Ngumoha memmberikan ancaman menerusi kelincahannya. Namun Brighton turut bertahan dengan baik.
Jones melakukan hadangan penting menghalang gol ketika Brighton. Dan kemudian Brighton mencipta beberapa peluang lagi.
Tamat perlawanan Brighton 2 Liverpool 1.