Liverpool hampir pulang dari St James Park dengan kekalahan sebelum Dominik Szoboszlai muncul sebagai penyelamat pada saat akhir.

Dalam aksi pembukaan Premier League, Liverpool ketinggalan dua kali selepas Anthony Elanga membuka jaringan pada minit kelima sebelum Cody Gakpo menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Newcastle kemudian kembali di depan menerusi Joe Willock, yang menyempurnakan hantaran Yoane Wissa hanya beberapa minit selepas Liverpool mengikat kedudukan hasil gol Gakpo.

Ketika masa permainan semakin suntuk, Newcastle kelihatan sudah hampir mengesahkan kemenangan dramatik di laman sendiri.

Namun Liverpool enggan mengalah. Mereka terus menyerang dan Newcastle kelihatan sudah yakin bahawa 3 mata sudah diselamatkan.

Namun pada lewat masa kecederaan, Lewis Hall menjatuhkan lawannya di dalam kotak penalti. Dan pengadil tiada pilihan lain. Memberikan Liverpool penalti.

Szoboszlai tampil dengan satu detik berkualiti untuk menghasilkan gol penyamaan yang mengubah suasana di St James Park.

Gol tersebut memastikan Liverpool membawa pulang satu mata selepas aksi penuh dramatik berkesudahan 2-2.

Bagi Liverpool, keputusan ini mungkin terasa seperti dua mata tercicir, namun jaringan lewat Szoboszlai sekurang-kurangnya menyelamatkan mereka daripada membuka kempen baharu dengan kekalahan.

Newcastle pula hampir mencipta kejutan besar, tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata.