Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir menganggap banyak pengajaran yang boleh diambil barisan pemain ketika tewas 0-4 pada pertemuan menentang Australia, malam tadi.

Pertama kali membuat penampilan di pusingan 16, Indonesia tewas sukar untuk menggugat skuad kendalian Graham Arnold yang nyata lebih berpengalaman dalam menyerap tekanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Meskipun Australia tidak banyak melakukan asakan berbahaya, kealpaan jentera pertahanan Indonesia jelas bijak dihukum Socceroos.

Bagaimanapun, Erick tidak mahu keputusan tersebut merentap semangat juang barisan pemain Indonesia untuk tampil dengan lebih baik pada kejohanan akan datang.

Tambahan pula Indonesia hadir ke bumi Qatar dengan skuad yang boleh dianggap cukup muda berbanding pasukan lain.

“Ertinya, pasukan dengan majoriti pemain berusia muda ini telah berdepan empat perlawanan menentang lawan-lawan yang berkualiti tinggi.”

“Ada pengalaman yang diperolehi para pemain, ada mental yang tahapnya seharusnya meningkat kerana bertemu dengan pasukan kuat seperti Jepun, Iraq dan Australia.”

“Ini merupakan modal yang baik. Ibaratnya, sekiranya kali ini kita ke pusingan 16 dan itu sudah menjadi sejarah, edisi berikutnya harus lebih tinggi daripada pencapaian ini.”

“Modal pemain dengan usia muda dengan tambahan pengalaman di Piala Asia ini seharusnya menjadi suatu yang lebih besar prestasinya pada Piala Asia akan datang.”

“Saya berharap kekalahan bertemu Australia ini tidak perlu diratapi. Masih ada sasaran prestasi yang harus dibuktikan buat pemain dan juga jurulatih, saya percaya pasukan U-23 kita dapat masuk ke suku akhir,” ujar Erick Thohir menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi PSSI.

Sumber