Bekas pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengumumkan beliau telah berpisah dengan kelab Chile iaitu Everton de Viña del Mar selepas satu musim membimbing kelab tersebut.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Solari mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dan pegawai pasukan Everton yang telah membantunya sepanjang menguruskan kelab tersebut.
Baca Juga:
- Hamidin Umum Tak Pertahankan Jawatan Presiden FAM
- Tunku Ismail Kongsi Struktur Baharu FAM
- Netizen Malaysia Dan Indonesia Akhirnya Bersatu Kecam Rekaan Poster FAM
“Berakhir sudah satu musim yang cukup baik, dengan perasaan gembira kerana kita layak ke Copa Sudamericana. Perjalanan yang amat sukar namun kita tetap bersama-sama. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang penting dalam projek ini.
“Terima kasih kepada semua pemain yang percaya dengan idea ini, tak lupa juga staf kejurulatihan pasukan. Terima kasih di atas tahap profesional anda.
“Kepada peminat Everton, yang menyokong kami melalui masa yang paling sukar, jangan pernah berhenti mempercayai kelab ini. Sokongan anda lebih penting daripada yang anda bayangkan. Terima kasih,” kata Solari.
Esteban Solari meninggalkan pasukan sebelum saingan Liga Malaysia musim 2024/2025 bermula meskipun beliau membantu pasukan itu memenangi semua gelaran dalam saingan liga domestik musim lalu.
“Antara yang meninggalkan kelab termasuk ketua jurulatih Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero dari barisan kejurulatihan.
“Pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab selepas lama berkhidmat untuk kelab,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan JDT.
Sehingga artikel ini ditulis, masih belum jelas kemana destinasi seterusnya bagi pengendali kelahiran Argentina itu namun beliau dikaitkan dengan posisi sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya.
Revolusi skuad kebangsaan akan diumumkan pada 15 Disember ini yang mana beberapa perubahan besar akan dilakukan baik dalam pasukan mahupun pasukan.
Solari mempunyai pengalaman dengan saingan Liga Malaysia dan beliau menjadi salah satu calon yang sesuai untuk mengisi kerusi panas dalam skuad Harimau Malaya yang ketika ini dipegang oleh Pau Marti Vicente yang menggantikan Kim Pan-gon.