Pengurus Chelsea, Enzo Maresca berpendapat Estevao Willian dan Lamine Yamal berkemungkinan akan menjadi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo seterusnya.
Estevao menyerlah berbanding Yamal dalam pertemuan pertama antara dua pemain berusia 18 tahun terbaik dunia itu apabila menjaringkan gol menakjubkan ketika Chelsea menewaskan Barcelona 3-0 awal pagi tadi.
Baca Juga:
- Bakal Pemain Chelsea Berusia 17 Tahun Ini Samai Pencapaian Hebat Neymar

- Rafinha Tegur Lamine Yamal: ‘Kata-Kata Kamu Bagi Motivasi Tambahan Kepada Real Madrid’

- Bekas Pemain Chelsea & Tottenham, Jude Soonsup-Bell Bakal Perkuatkan Skuad Thailand

Yamal yang berada di tempat kedua dalam anugerah Ballon d’Or 2025 menghadapi malam sukar di Stamford Bridge apabila rakan sepasukan di Sepanyol, Marc Cucurella mengekangnya sepanjang perlawanan dengan persembahan defensif cukup cemerlang.
Raphinha yang merupakan rakan sepasukan kepada kedua-dua pemain muda itu (Brazil dan Barcelona) berkata sebelum perlawanan bahawa beliau menjangkakan Estevao dan Yamal akan menyaingi Messi dan Ronaldo dengan bersaing untuk anugerah pemain terbaik dunia selama bertahun-tahun akan datang.
Perkara itu turut dipersetujui oleh Maresca yang melihat kemungkinan besar perkara tersebut akan berlaku.
Komen Maresca Tentang Estevao & Yamal
“Seperti yang dikatakan Raphinha, dalam 10 hingga 15 tahun akan datang, Estevao dan Lamine Yamal berkemungkinan menjadi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo seterusnya.”
“Tapi bagi kedua-duanya, mereka baru berusia 18 tahun. Mereka perlu menikmati permainan dan berusaha memperbaiki diri setiap hari. Itulah perkara yang paling penting bagi mereka.”
“Gol yang dijaringkan Estevao itu mengingatkan saya kepada gol yang dia jaringkan menentang kami dalam Piala Dunia Kelab. Ia sangat serupa, aksi yang sama.”
“Dia perlu tenang. Dia perlu menikmati bola sepaknya, dia perlu bermain bola sepak. Dia dan Lamine [Yamal] masih budak muda berusia 18 tahun, jika mula bercakap tentang Ronaldo dan Messi, itu terlalu banyak tekanan untuk mereka.”
“Mereka perlu datang ke sesi latihan dengan gembira tetapi apabila mula dibandingkan dengan kedua-dua pemain itu, ia terlalu berat bagi mereka,” ujar Maresca menurut sumber laporan Sky Sports.