Eva Caneiro dah muak dengan Jose Mourinho dan John Terry yang menurutnya seperti tidak boleh ‘move on’ tentang apa yang sudah berlaku 11 tahun lalu.
Eva Caneiro dengan sinis menganggap Mourinho terus menjual cerita yang sama untuk meraih duit. Merujuk kepada perkongsian Mourinho dalam dokumentarai Netflix.
Selepas 11 tahun, kontroversi antara bekas doktor Chelsea, Eva Carneiro, dan Jose Mourinho kembali menjadi perhatian.
Oleh itu, Eva Carneiro tampil memberikan respons terhadap kenyataan Mourinho dan John Terry dalam dokumentari Netflix mengenai insiden ketika Chelsea menentang Swansea City pada Ogos 2015.
Dalam perlawanan itu, Eden Hazard terbaring di atas padang sebelum Carneiro dan ketua fisioterapi Jon Fearn masuk memberikan rawatan.
Mourinho ketika itu berang kerana Chelsea terpaksa bermain dengan sembilan pemain buat sementara waktu selepas Thibaut Courtois dilayangkan kad merah.
Mourinho mendakwa Hazard tidak mengalami kecederaan serius dan menganggap staf perubatan bertindak secara impulsif.
Dalam dokumentari tersebut, Mourinho sekali lagi mempertahankan versinya.
“Saya tahu Eden tidak cedera, tetapi doktor tetap masuk ke padang dan kami terpaksa bermain dengan hanya sembilan pemain,” kata Mourinho.
Listen to John Terry and Hazard speak. Listen to Mourinho's reaction, he made it clear what is grievance was at BOTH DOCTORS which was that their naivety cost the team a player short at the critical moment. https://t.co/oPXVCDgm76 pic.twitter.com/ur6TPPeYPu
— Ehis (@ahm_ehiz) August 14, 2026
John Terry turut mendakwa terdapat kefahaman dalam kalangan pemain bahawa staf perubatan tidak akan masuk ke padang kecuali kecederaan benar-benar serius.
Namun Carneiro tampil menafikan dakwaan tersebut.
Menurutnya, pengadil Michael Oliver telah memanggil staf perubatan masuk sebanyak dua kali, manakala Hazard sendiri meminta bantuan.
“Pada ketika itu, tangan saya terikat sebagai seorang profesional perubatan,” tulis Carneiro di X.
Carneiro turut menegaskan bahawa doktor dan fisioterapis terikat dengan tanggungjawab medico-legal untuk memberikan rawatan kepada pemain yang memerlukan.
Lebih pedas, beliau membalas kenyataan Terry dengan berkata:
“Adalah lebih baik untuk John Terry belajar tentang peraturan permainan. Benda ini dah lama sangat dah, kawan.”
Carneiro kemudian berkongsi kenyataan badan perubatan sukan Britain yang menegaskan bahawa profesional perubatan mempunyai tanggungjawab memberikan rawatan dan membuat penilaian terhadap pemain yang cedera.
Insiden tersebut akhirnya membawa kepada pertikaian besar antara Carneiro dan Chelsea. Kes tribunal pekerjaan kemudian diselesaikan dengan Chelsea mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepadanya.