Facebook down sekali lagi sebentar tadi pada hari ini. Dan ianya baru pulih kira kira 10.50 pagi.

Laman media sosial terkemuka, Facebook telah mengalami gangguan membuatkan ramai yang mengadu akan masalah tersebut.

Akses menerusi komputer terputus, namun akses menerusi aplikasi telefon pintar masih boleh.

Pengguna Facebook yang mengakses menerusi komputer menerima mesej: “Sorry, something went wrong. We’re working on getting this fixed as soon as we can.”

facebook down

Facebook down ganggu urusan ramai pihak

Ada di kalangan pengguna Facebook yang sedikit lega. Kerana mereka fikir bahawa akaun mereka baru sahaja disekat.

“Saya ingatkan akaun saya kena sekat tadi, kalau ianya terputus untuk seluruh dunia, tidak mengapalah,” tulis pengguna tersebut.

Yang lain tidak pasti sama ada masalah itu berlaku di UK sahaja atau di tempat lain. Rata rata menyatakan perkara yang sama termasuk Indonesia dan Malaysia.

Ramai juga pengguna berharap agar masalah itu segera diselesaikan kerana ada yang perlu melakukan urusan seharian dan kerja mereka menggunakan Facebook menerusi komputer.

Ada yang mengeluh mereka tidak dapat meneruskan sesi live Facebook yang tiba tiba terputus. Rupanya Facebook down dan mereka hanya mendapat tahu ketika membuka X.

Di mana netizen di X sudah membincangkan tentangn isu berkaitan Facebook yang terputus seketika.

fb

Ini bukanlah kali pertama Facebook mengalami gangguan seperti ini. Dan mungkin sebab ada kemaskini terbaru pada aplikasi tersebut.

Ramai juga pengguna X berkata: “Facebook down bermakna pengguna X mencanak.”

Namun selepas itu ramai yang lega kerana Facebook kembali pulih seperti sediakala. Kerana ada yang menggunakan Facebook untuk urusan mustahak seperti kerja dan juga untuk urusan rasmi.