Netizen negara kita sebelum ini memang diketahui berupaya untuk memenangi sebarang ‘pertarungan’ di alam maya terutamanya jika melibatkan isu yang berkait dengan Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Bagaimanapun, kali ini lain pula ceritanya apabila netizen tempatan yang juga dikenali sebagai tentera bawang (bawang army) di media sosial ini dikatakan telah menyerang akaun Facebook milik persatuan Freemason sehingga berjaya memaksa page tersebut untuk menurunkan hantaran kontroversi yang dibuat mereka sebelum ini.

Menurut laman Tentera Troll Kebangsaaan Malaysia (TTKM), halaman Freemason itu sebelum ini memuat naik hantaran beserta gambar logo persatuan itu dengan turut meletakkan kalimah Allah di tengah-tengah.

logo-provok
Hantaran asal page Freemason dengan kalimah Allah di tengah logo . FOTO: TTKM

Hantaran tersebut itu yang dibuat sejak beberapa hari lepas mula mencuri perhatian netizen terutamanya yang beragama Islam dengan rata-rata menganggap ianya tidak sensitif terhadap agama mereka.

Susulan daripada hantaran itu juga, netizen tempatan dikatakan mula melancarkan ‘serangan’ bertubi-tubi kepada page tersebut dengan beberapa netizen mula menularkan perkara itu di media sosial terutamanya Facebook.

netizen
‘Serangan’ yang dibuat netizen Malaysia.

Serangan yang dilakukan netizen Malaysia itu kemudiannya dilaporkan berhasil apabila page tersebut kemudiannya dilihat memberikan respon kepada komen yang diberikan.

Antara komen yang mendapat perhatian daripada page tersebut adalah ‘mak kau hijau’ yang kemudiannya memaksa mereka mencari maksud sebenar frasa tersebut di Urban Dictionary.

mak-kau-hijau
Respon daripada Facebook Freemasons. Foto: TTKM

Dan seperti mana-mana perselisihan faham yang berlaku di media sosial sebelum ini, netizen Malaysia dilihat berjaya dalam serangan mereka kali ini apabila page tersebut kemudiannya dilaporkan menurunkan atau memadamkan hantaran asal yang dibuat di page Facebook mereka.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada benar-benar hantaran tersebut diturunkan kerana serangan bertubi-tubi daripada netizen Malaysia sahaja atau pun kerana sebab lain namun ianya sudah pasti sedikit sebanyak menyumbang kepada perkara tersebut.

available
Pautan hantaran tersebut tidak lagi tersedia. Foto: Facebook Freemasons

Netizen negara kita sememangnya terkenal di media sosial dan pernah mempertahankan makanan sehingga apa-apa sahaja yang melibatkan Malaysia seperti kes ahli politik ini yang diserang kerana kenyataannya di pautan di bawah.

Persoal Cara Malaysia Tangani COVID-19, Ahli Politik Taiwan Ini ‘Diserang’ Netizen

Gara-Gara Keliru Antara Rendang Daging Dengan Kari, Netizen Malaysia Serang Twitter CNN

‘Setiap Suapan Jadi Marah’- Ulasan Nasi Arab Chef Ammar Ini Buat Netizen Tidak Senang Duduk

Sumber