Adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari tidak dapat menahan diri daripada menyindir ibu Aliff Aziz yang menurutnya melebih lebih.

Ibu Aliff, Siti Hafiza berterusan menunjukkan sokongannya kepada anaknya dan sedih dengan apa yang menimpa Aliff Aziz.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia malah menegaskan bahawa hanya Allah SWT saja yang tahu tentang kebenarannya.

Ibu Aliff Aziz, baru baru ini menyahikut akaun IG Bella Astillah, selepas kontroversi melanda rumah tangga anaknya dan menantunya itu.

Di mana Fadzil meminta ibu Aliff Aziz tenang sikit dalam perkara ini tidak perlu gelabah. Kerana Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies bukannya Bella melakukan sebarang kesalahan.

“Tenang la makcik, dah macam Bella [Astillah] pula yang kena tangkap basah, wallahualam,” tulis Fadzil Zahari.

Komen itu rata rata disambut baik netizen yang menganggap itu adalah komen yang mewakili mereka.

Mereka melihat seolah olah ibu Aliff Aziz cuba membela kesalahan anaknya dan tidak simpati langsung dengan menantunya yang menjadi mangsa keadaan.

Sehingga ke hari ini, Ruhainies masih mempertahankan dirinya menyatakan bahawa tiada apa yang berlaku antara mereka berdua ketika berdua duaan di dalam rumah yang sama.

Sambil menegaskan bahawa laporan media banyak yang tidak tepat. Dia menafikan mereka mengunci diri mereka selama 3 jam ketika diserbu jabatan agama. Menegaskan bahawa mereka cuma menutup pintu selama 30 minit.

Dia juga menegaskan bahawa dia datang ke rumah untuk makan makan sahaja. Namun malangnya kakaknya Nur Risteena tersekat dalam kesesakan lalulintas pada masa itu, menurutnya.

Ruhainies turut yakin bahawa Jabatan Agama akan membuat siasatan yang adil dan telus ke atas kes itu.