Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku di antara pemain Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata, kedua-dua pemain tersebut tetap boleh dikenakan hukuman atau tindakan lanjut biarpun mereka hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.
Baca Juga:
- Pengadil Malaysia Kembali Raih Perhatian
- Ini Pesaing Utama Arif Aiman Sekiranya Sertai Rangers
- Penyokong Rangers FC Mahu Arif Aiman Beraksi Di Liga Scotland
“Kita akan menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut mengenai insiden ini.
Pertelingkahan diantara Arif Aiman & Tommy Mawat di hujung permainan! 🚨#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/bsO9qbzZaT
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM juga akan duduk berbincang untuk meneliti rakaman penuh video insiden berkenaan bagi mencadangkan tindakan lanjut.
“Memang kedua-dua pemain telah dilayangkan kad kuning sejurus insiden tersebut tetapi hukuman tambahan serta tindakan lanjut tetap boleh diambil jika ia dilihat perlu,” kata beliau.
Dato’ Sivasundaram turut menasihatkan para pemain supaya dapat mengawal emosi ketika di atas padang kerana apa juga tindakan mereka itu hanya akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri jika dikenakan tindakan atau hukuman.
“Secara peribadi, saya melihat ia satu insiden yang serius apabila berlaku tindakan menumbuk dan juga mencekik yang dilakukan oleh kedua-dua pemain tersebut ketika insiden berkenaan.
“Apa pun kita akan tunggu laporan daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil bagi mengambil tindakan lanjut,” jelas beliau.
Insiden melibatkan Feroz Baharudin & Clayton Silveira didalam kotak penalti di separuh masa pertama! 🚨#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/Kolo8EoEvp
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
Selain insiden Arif Aiman dan Tommy Mawat, perlawanan tersebut turut diwarnai dengan insiden yang mana Perak tidak diberikan sepakan penalti selepas Feroz Baharudin melakukan kekasaran terhadap pemain import lawan iaitu Clayton Silveira dalam kawasan penalti.
Ini bukan kali pertama Razlan menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air dimana sebelum ini, bekas pengendali Penang FC iaitu Akmal Rizal pernah berseloroh mengatakan Razlan merupakan pengadil ‘terbaik’ di Malaysia.
Dalam temu bual selepas perlawanan menentang JDT pada September lalu, Akmal Rizal bagaikan meluahkan apa yang terbuku di hati beliau mengenai prestasi yang ditampilkan oleh Razlan Jofri Ali sebagai pengadil.
“Saya rasa saya tak boleh komen kerana Razlan adalah pengadil terbaik di Malaysia yang ada. Saya rasa tepat keputusan dia. Semua yang tengok boleh nilai sendiri,” katanya.