Sebuah lagi sejarah bakal tercipta apabila syarikat fesyen terkenal Malaysia iaitu Fashion Valet mengumumkan cadangan untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Vivy Yusof selaku pengarah urusan dan juga pengasas bersama FashionValet di dalam satu temubual baru-baru ini mengatakan cadangan untuk ke Bursa Malaysia sememangnya berada di dalam pelan syarikat ini.

FV-29_1500x1000

Dalam pada itu, pelan ini kemungkinan besar bakal mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum syarikat ini bersedia untuk melebarkan sayapnya dalam usaha untuk meningkatkan lagi jumlah pengguna bukan sahaja di Malaysia namun di Asia Tenggara.

Mengulas dari segi perkembangan semasa Vivy Yusof memilih untuk meningkat jumlah keuntungan berdasarkan dana sedia ada.

DSC_2243-copy

Difahamkan cadangan untuk ke Bursa Malaysia ini dibuat setelah Fashion Vallet berjaya mendapatkan dana melalui Khazanah Nasinoal Bhd. Dana yang diterima ini sekaligus membolehkan Fashion Valet untuk membuka lebih banyak butik fizikal dan juga laman pembelian yang lebih baik buat para pengguna.

Tahniah diucapkan buat semua kakitangan FashionValet! Anda berjaya membawa fenomena buat para pembeli di Malaysia. Semoga pelan FV untuk berada di Bursa Malaysia menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Sumber