Sebelum ini ramai netizen yang perasan bahawa Fathia Latiff ada tatu. Dan perkara itu disahkan sendiri oleh Fathia Latiff kepada umum.
Fathia Latiff bukannya nama asing dalam industri hiburan. Dan dia juga antara artis yang seringkali terlibat kontroversi.
Kali ini dia berterus terang sahaja bahawa dia memang ada tatu di badannya. Fathia Latiff menyatakan bahawa dia bertatu kerana tekanan mental atau stres yang melandanya.
Lalu dia mencacah tatu bertulis ‘Angle On Earth’ di tangan kirinya kira kira dua tahun lalu. Fathia menganggap perbuatan itu adalah tidak sengaja. Kerana dia ketika itu benar benar tertekan.
Dipetik dari laman mStar, Fathia Latiff berkata: “Saya terbuat sebab ketika itu saya stres. Saya buat tatu itu dua tahun yang lalu, ketika saya dalam fasa tertekan.
Fathia Latiff mengaku ada tatu, cacah ketika dalam fasa tertekan. #mstar240822https://t.co/jRnEjGjKO0
— mStar Online 🇵🇸 (@mstaronline) August 22, 2024
“Ketika saya membuat tatu itu, saya tak fikir apa apa dan buat sahaja. Dan hanya ada satu tatu sahaja, dia tulis ‘Angle On Earth’,” tegas Fathia lagi.
Fathia Latiff akui perbuatannya itu membuatkan ibu bapanya marah, namun mereka mengawal amarah mereka kerana risau Fathia lagi tertekan dan ‘buat benda pelik pelik’ katanya kepada wartawan.
Fathia Latiff sedar perbuatannya adalah salah. Dan dia juga menyatakan bahawa ibu bapanya sudah meminta dia membuang tatu itu. Fathia juga setuju dengan cadangan tersebut cuma mencari masa sesuai untuk melakukannya.