Pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada jam 9.45 pagi.

Terdahulu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Baca Juga:

Bagaimanapun Fattah dilaporkan tidak bersetuju dan belum bersedia untuk bercerai kerana masih sayangkan bekas isterinya pada ketika itu.

Memetik Berita Harian, Peguam syarie mewakili Fattah Zulkifli Che Yong berkata tuntutan perceraian antara pelakon Nur Fazura terhadap Fattah Amin bakal diselesaikan secara baik.

Zulkifli berkata, setakat ini beberapa perkara akan dimuktamadkan secara baik.

“Setakat perkembangan sekarang, insya-Allah perkara ini akan dimuktamadkan secara baik.

“Respon Fattah sangat positif dan insya-Allah, perkara ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.

Sumber