Perubahan rupa paras menjadi salah satu perkara ditakuti orang ramai, lebih-lebih lagi wanita apabila usia meningkat.

Menerusi satu hantaran seorang pengguna Threads, dia mendapati ramai individu popular yang sudah masuk 40an masih mengekalkan rupa paras remaja mereka — termasuklah pelakon, pengacara tempatan, Nur Fazura.

Baca Juga:

Tidak lokek berkongsi, Fazura senaraikan beberapa tips dan amalannya.

1. Minum air putih 2.5 liter sehari

2. Jangan guna produk kecantikan yang kasar (harsh). Kunci utamanya adalah hidrasi & kelembapan (hydration & moisture)

3. Bersenam

4. Jaga pemakanan. Setiap hari ada buah & sayur

5. Kurangkan makan pisang goreng

6. Jangan stres.

Pada masa sama Fazura turut kongsikan suplemen yang diambilnya –

1. Habbatus Sauda

2. Omega 3

3. CoQ10 100mg

4. Vitamin K2 + D3

5. Folic Acid

6. Probiotic + Prebiotic

7. Magnesium dan Potassium

8. Biotin 5000mg

9. Advanced Antioxidant Formula by Solgar