Penyerang skuad B-23 Tahun negara, Fergus Tierney menyatakan minat sekiranya diberi peluang untuk beraksi di Liga Super Indonesia.

Fergus baru sahaja menamatkan tugasan bersama skuad B-23 Tahun di saingan Piala Mandiri yang mana pasukan negara menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Baca Juga:

Fergus Tierney Berminat Beraksi Di Indonesia

Menurut laporan Liputan 6, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terbuka dengan sebarang peluang yang diberikan kepadanya.

“Sudah tentu, bermain dalam Liga Super BRI boleh menjadi peluang menarik untuk saya cuba. Tetapi buat masa ini, tumpuan saya hanya kepada Sabah FC.

Fergus Tierney
Sumber Gambar: Chonburi

“Saya harap kami boleh mengharungi musim yang baik, dan kemudian kami akan melihat apa yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Musim lalu, Fergus Tierney beraksi bersama dua kelab Thailand iaitu Chonburi FC dan Nakhon Pathom United.

Fergus Tierney
Fergus

Wartawan sukan Thailand, Jay Waropat mendedahkan kontrak Fergus ditamatkan kerana pemain itu memilih untuk mewakili Malaysia pada ketika kejohanan Piala AFF berada di luar kalendar FIFA.

“Setakat yang kami tahu, pemain itu memilih untuk beraksi dalam Piala ASEAN 2024 bersama Malaysia.

Fergus Tierney
Sumber Gambar: FAM

“Ia bukan perlawanan pada hari FIFA, yang membolehkan untuk mencapai kesepakatan terbaik dengan membatalkan kontraknya.

“Anda perlu memahami pihak kelab juga. Mengapa mereka perlu berpisah? Ini kerana musim Thai League 2 masih berjalan,” katanya.