Penyerang muda negara, Fergus Tierney menjaringkan gol dalam aksi sulungnya bersama Chonburi dalam saingan divisyen dua, Thai League 2 musim 2024/2025.
Fergus diletakkan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih, Pipob On-Mo pada perlawanan menentang Suphanburi baru-baru ini.
Baca Juga:
- Penyerang Muda Malaysia Sertai Kelab Thailand, Chonburi FC
- RASMI: Kim Pan Gon Dilantik Sebagai Pengurus Ulsan HD FC
- Ultras Malaya Boikot Pestabola Merdeka 2024
🇹🇭 Fergus Tierney's first-minute goal against Suphanburi. pic.twitter.com/PqAEP6rp8A
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) August 9, 2024
Fergus hanya perlukan seminit untuk menjaringkan gol dimana beliau membuat rembatan dalam kawasan penalti lawan sekaligus membuka tirai jaringan.
Pemain berusia 21 tahun itu bergandingan dengan pemain muda Thailand iaitu Yotsakorn Burapha sambil dibantu oleh ketua pasukan, Channarong Promsrikaew sebagai pemain tengah menyerang.
Chonburi berjaya menambah tiga lagi jaringan menerusi Suksan Bunta, Amadou Ouattara dan Clough masing-masing mencipta nama sebagai penjaring.
Bagi menghadapi saingan musim ini, Chonburi diperkuatkan oleh lima pemain import iaitu Fergus Tierney, Derley, Charlie Clough, Jeon San-hae dan Marcus Haber.
Jaringan pertama pada penampilan sulungnya menjadi suntikan terbaik bagi Fergus untuk terus membarisi kesebelasan utama pada perlawanan akan datang.