Tular berita yang diterima oleh portal WapCar.my selepas beberapa minggu lalu terdapat spekulasi dalam industri automotif tempatan, dengan beberapa sumber mendakwa bahawa Ferrari tidak akan memperbaharui kontrak pengedar sah tunggal negara ini, Naza Italia.
“Pemberhentian kerjasama perniagaan antara Ferrari S.p.A. dan Naza Italia Sdn Bhd (Ferrari Malaysia) akan berkuat kuasa pada 8 April 2023. Naza Italia akan terus menggalas tanggungjawabnya kepada pelanggan untuk aktiviti Jualan & Selepas Jualan sehingga itu,” kata jurucakap Ferrari Far East & Middle East Hub, dalam balasan e-mel yang dihantar kepada WapCar.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
https://www.instagram.com/p/CaQ2Zb4P9nw/?hl=en
Naza Italia telah dilantik sebagai pengedar rasmi untuk Ferrari pada 2008, mengambil alih daripada pengedar sebelumnya Next Car Sdn Bhd.
Identiti pengedar baharu Ferrari itu masih tidak jelas, tetapi syarikat dari Itali itu berkata pengumuman akan dibuat dalam masa yang ditetapkan.
Bagaimanapun perniagaan pengedaran lain Naza Italia dengan satu lagi jenama kereta mewah Itali, Maserati tidak terkesan dan akan diteruskan seperti biasa.