Syarikat terkemuka dunia seperti Ferrari nampaknya tidak terkecuali menjadi mangsa serangan ransomware di dalam talian. Ferrari VN kini mengatakan serangan kali ini telah mendedahkan maklumat sulit pelanggan pengeluar kereta sport Itali itu.
Sebahagian maklumat sulit pelanggan yang didapati telah terjejas termasuklah nama, alamat, alamat emel dan nombor telefon. Bagaimanapun, maklumat berkaitan perbankan seperti butiran pembayaran, butiran kereta yang dimiliki atau nombor akaun bank masih terselamat daripada pengodam itu.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
Malah, jurucakap Ferrari mengatakan insiden serangan ini langsung tidak memberi kesan kepada operasi mereka. Pembuat kereta Itali telah pun memulakan siasatan dengan berkolaborasi bersama syarikat sekuriti siber global.
Selain itu, Ferrari juga mengatakan enggan memenuhi permintaan yang dibuat menerusi serang ransomware. Mereka turut telah memaklumkan kepada setiap pelanggan yang terjejas susulan serangan tersebut.