Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan beberapa anggota dipercayai pihak majlis daerah di Kelantan didakwa menangkap semua kucing-kucing jalanan di sebuah kawasan pasar.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @elsacat33, pemilik akaun itu mendakwa kucing-kucing itu diambil sementara untuk mengosongkan kawasan tersebut yang bakal diadakan festival makanan.
Meskipun memahami pihak majlis daerah hanya menjalankan tugas sahaja, beliau turut berkata pihak atasan harus menitik beratkan Akta yang melarang orang ramai daripada membuang kucing di kawasan pasar.
“Mana yang suka buang kucing itu? Suka? Ini kan yang dikatakan kucing boleh hidup dekat pasar. Angkuhnya hidup ini.
“Kita ini Allah lahirkan kita ada akal dan fikiran, kita kena fikir jalan penyelesaian. Berbuah dah mulut suruh mandul (kucing) tapi tolak mentah-mentah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@elsacat33 part 1 : Smlm operasi dh. Mlm ni nk kutip jgk n esk lg . Nk kosongkn pasar katanya xmahu ad kucing.. betul pihak atasan jalankan tugas sahaja. Pihak atasan jgk harus titik beratkan aktaaaaa ‼️ akta supaya orang ramai tak buang kucing dkt pasar ‼️‼️‼️🥺 .. Ad festival makanan kan. Tapi mana yg suka buang kucing tu ????? Suka? Ni kan yg dikatakan kucing boleh hidup dkt pasar. 😌😌😌😌 angkuhnya hidup ni. Kita ni Allah lahirkan kita ada akal dan fikiran , kita kena fikir jalan penyelesaian. Berbuihhh dh sruh mandul. Tolak mentah² #harapfyp #ANAKJALANAN #JanganBuangKucing #kucingJalanan
Difahamkan, operasi membersihkan kawasan itu daripada menjadi tempat kucing jalanan mengambil masa selama tiga hari.
Menerusi satu lagi hantaran video berasingan, kucing-kucing jalanan itu dikatakan diambil dan dibawa ke tempat khas yang selamat.
“Memang betul ada tempat sementara untuk mereka (kucing), tapi sanggupkah kita tengok diorang macam ini. Keadilan diorang mana? Macam mana nasib kucing-kucing ini semua,” katanya lagi.
@elsacat33 kita lupa nikmat Yang Allah Bagi pada kita Hari ni 😌 kita lupa kita hidup dekat atas dunia ni pun atas ehsan Allah , kucing pun makhluk bernyawa , bukan patung,. harini air mata yg mampu ungkap bertapa sedihhhh tgk keadaan dorg. betul ada tempat sementara untuk mereka. tapi sanggup ka kita tgk dorg mcm ni. keadilan dorg mana? macam mana nasib kucing² ni semua 😭 #kucingJalanan #JanganBuangKucing #ANAKJALANAN #harapfyp #JomKongsiRezki
Menjengah ke ruangan komen di video itu, majoriti pengguna media sosial turut merasa sebak melihat nasib kucing-kucing jalanan itu yang diambil daripada kawasan pasar tersebut.
Tidak hanya itu, ramai yang mempersoal dan ingin tahu bagaimana nasib haiwan itu serta di manakah kawasan perlindungan yang ditempatkan pada ketika ini.
Malah ada juga netizen yang meminta penjelasan daripada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut di samping membandingkan dengan negara Turki yang dilihat lebih ‘mesra kucing’ di jalanan mereka.