FIFA kembali mencetuskan kontroversi besar di pentas Piala Dunia 2026 selepas membenarkan penyerang utama Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun, untuk beraksi dalam aksi pusingan 16 menentang Belgium walaupun sebelum ini menerima kad merah.

Balogun sebelum ini dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Bosnia & Herzegovina dalam kemenangan 2-0 pasukan AS. Secara automatik, beliau dijangka digantung satu perlawanan penting menentang Belgium.

Namun, FIFA menggunakan Artikel 27 dalam Kod Disiplin mereka untuk menangguhkan pelaksanaan penggantungan tersebut, sekali gus meletakkan Balogun dalam tempoh “probation” selama setahun.

FIFA menafikan keputusan menggunakan Artikel 27 itu kerana tekanan Rumah Putih, selepas laporan The Athletic menyatakan bahawa ‘White House’ ada berhubung dengan FIFA berkaitan penggantungan Folarin Balogun.

Keputusan ini bermakna Balogun — yang merupakan penjaring terbanyak AS di kejohanan ini dengan 3 gol — masih boleh diturunkan oleh Mauricio Pochettino dalam perlawanan penting di Seattle.

FIFA menyatakan bahawa penggantungan automatik boleh ditangguhkan di bawah situasi tertentu, walaupun keputusan ini mendapat kritikan kuat dari Belgium.

Royal Belgian Football Association (RBFA) menyifatkan keputusan itu sebagai mengejutkan dan bercanggah dengan prinsip fair play, dengan menyatakan kad merah sepatutnya membawa penggantungan automatik.

Belgium juga dilaporkan sedang meneliti “segala pilihan yang ada” berhubung keputusan tersebut.

Kes ini kembali membuka perdebatan tentang penggunaan VAR dan kuasa FIFA dalam mengubah keputusan disiplin, terutama di kejohanan sebesar Piala Dunia.

Amerika Syarikay akan menentang Belgium di Seattle, dengan tiket ke suku akhir menjadi taruhan.