FIFA akur dengan permintaan Donald Trump agar mengadapnya dahulu untuk membincangkan tentang venue Piala Dunia 2026.
Trump daripada Parti Republikan menggesa FIFA agar tidak memiliki venue dari kalangan negeri yang dibawa Demokrat – menurut laporan The Times.
Presiden FIFA, Gianni Infantino dikatakan sedia berbincang dan bersemuka dengan Donald Trump dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara itu.
Menurut laporan, Trump sudah memberikan amaran kepada FIFA bahawa beberapa venue yang berada di kawasan parti Demokorat berisiko segi keselamatan.
Amerika Syarikat antara 3 negara penganjur temasya 4 tahun sekali itu selain Kanada dan Mexico.
Selain itu Donald Trump menyatakan dia akan pertimbangkan untuk memindahkan beberapa perlawanan Piala Dunia 2026 dari sesetengah bandar di AS yang dia anggap “tidak selamat” kerana jenayah.
Trump memberikan contoh, kota seperti San Francisco dan Seattle (dipimpin pihak Demokrat) sebagai contoh bandar yang mungkin hilang perlawanan jika tidak memberikan kerjasama dengannya.
Namun, FIFA menegaskan bahawa mereka yang buat keputusan akhir tentang lokasi tuan rumah — bukannya kerajaan AS — jadi Trump tidak semestinya ada autoriti penuh untuk membatalkan atau memindahkan venue Piala Dunia.
Selain itu, terdapat cabaran logistik dan kontrak: sesetengah bandar sudah menadadatangani perjanjian dengan FIFA, jadi bukan mudah untuk mengubahnya pada saat akhir.
Jika FIFA benar benar ikut telunjuk Trump kali ini, pastinya FIFA akan menerima kecaman ramai pihak kerana ada pengaruh politik dalam menentukan keputusan mereka.