FIFA memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kelab Israel yang berpangkalan di Tebing Barat selepas aduan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) ditolak.
PFA sebelum ini mendakwa kelab-kelab tersebut beroperasi di penempatan haram di wilayah Palestin dan melanggar peraturan FIFA.
Mereka merujuk Artikel 64 dan 65 yang melarang aktiviti bola sepak sesebuah negara di wilayah negara lain. Sekurang-kurangnya enam kelab dari kawasan itu masih bermain dalam liga Israel.
Namun, FIFA menyatakan status undang-undang Tebing Barat terlalu kompleks untuk menentukan tindakan. Dan FIFA menyatakan bahawa mereka tidak boleh mengambil tindkan terburu buru dalam perkara tersebut.
Menurut badan itu, isu tersebut melibatkan undang-undang antarabangsa yang masih belum mempunyai penyelesaian muktamad, sekali gus menyukarkan penguatkuasaan peraturan.
Keputusan ini mengundang kritikan daripada organisasi hak asasi seperti Amnesty International, yang menuduh FIFA gagal mematuhi peraturannya sendiri.
Beberapa pakar undang-undang juga berpendapat FIFA tidak perlu menilai status wilayah secara mendalam, kerana itu bukan bidang kuasa mereka. Sebaliknya FIFA hanya perlu menentukan sama ada peraturan dilanggar dan ambil tindakan.
FIFA pantas bertindak isu perkauman ke atas pemain negara haram
Dalam perkembangan lain, FIFA mengesahkan berlaku insiden rasisme dalam bola sepak Israel. Antara yang disorot ialah kelab Beitar Jerusalem, yang sering dikaitkan dengan penyokong berhaluan ekstrem.
Jelas sekali FIFA kali ini bertindak pantas dalam isu yang berkaitan dengan serangan perkauman melibatkan pemain dari Israel.
Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) dikenakan denda hampir $300,000. Mereka juga diarahkan memaparkan mesej anti-diskriminasi dalam beberapa perlawanan serta menyediakan pelan pencegahan.
Walaupun FIFA memilih untuk tidak bertindak dalam isu Tebing Barat, keputusan ini terus mencetuskan perdebatan besar melibatkan politik, undang-undang dan integriti bola sepak global.