FIFA bakal beroperasi di Jakarta Indonesia. Dan bakal menutup operasinya di cawangan Malaysia dan Singapura.
Menurut laporan Astro Awani, FIFA akan mulai beroperasi di Indonesia bermula pada September akan datang ini.
Laporan yang sama menyebut bahawa, ianya juga tanda pengiktirafan FIFA kepada kemajuan bola sepak di negara tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan.
Hubungan baik antara Infantino (Presiden FIFA) dan Erick Thohir juga banyak membantu dalam usaha memindahkan pejabat FIFA ke Indonesia.
Kedua dua tokoh bola sepak itu bukan nama asing dalam arena bola sepak dunia. Memandangkan Erick Thohir juga pernah mengukir namanya dalam arena bola sepak eropah dalam urusan berkaitan pembangunan.
FIFA pindah pejabat di Indonesiahttps://t.co/Ad5ugVdz5B
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 21, 2025
Indonesia turut menerima Anugerah Emas FIFA Forward atas kejayaan projek pembangunan bola sepak seperti pusat latihan di rantau Asia Tenggara, menjadikan Jakarta sebagai pusat penyelarasan 21 persatuan bola sepak Asia Tenggara dan Timur.
Jadi, Indonesia bakal menjadi hub serantau untuk pembangunan bola sepak di Asia Tenggara dan Asia Timur.
Infantino kagum dengan usaha dan revolusi bola sepak di negara tersebut serta keupayaan negara tersebut keluar daripada kemelut yang melanda bola sepak Indonesia sebelum ini.
Berita ini pastinya menggembirakan peminat bola sepakĀ Indonesia. Memandangkan negara itu sedang dalam prestasi terbaik di peringkat antarabangsa.