Laman rasmi FIFA dengan kerjasama penaja analitik mereka, Aramco, telah melancarkan sistem indeks prestasi data pemain secara rasmi selepas berakhirnya perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2026™.
Sistem Power Rankings berasaskan data objektif ini menilai sumbangan setiap pemain luar (outfield players) menerusi skor 0 hingga 10 yang dibahagikan kepada tiga teras utama: Menyerang (Attacking), Kreativiti (Creativity), dan Pertahanan (Defending).
Selepas aksi pembukaan yang penuh dramatik di benua Amerika Utara, tiga nama besar iaitu Lionel Messi, Ramin Rezaeian, dan Derek Cornelius rasmi mendominasi carta tertinggi dalam sistem Power Rankings bagi kategori masing-masing.
1. Kategori Serangan: Dominasi Mutlak Lionel Messi (Skor: 8.12 mata)
Seperti yang dijangka, kapten Argentina, Lionel Messi, berada di kelas tersendiri selepas meledak hat-trik sensasi bagi membantu juara bertahan itu menewaskan Algeria 3-0 dalam aksi Kumpulan J.
Analisis data menunjukkan betapa besarnya impak bintang Inter Miami ini terhadap jentera serangan La Albiceleste:
– 60% daripada keseluruhan percubaan gol Argentina dilakukan oleh Messi.
– Beliau merekodkan 100% ketepatan di mana setiap rembatan tepat Argentina adalah miliknya, menghasilkan 3 gol daripada kadar jangkaan gol (xG) sebanyak 1.58.
– Bergerak aktif di luar kotak penalti, Messi menerima bola sebanyak 23 kali di ruang antara barisan tengah dan pertahanan Algeria, serta melakukan 12 hantaran pemutus benteng (line breaks).
Berikut adalah senarai nama pemain bagi kategori ‘Serangan’ dalam FIFA Power Rankings mengikut kedudukan:
1. Lionel Messi (8.1 mata) Argentina
2. Elijah Just (7.9 mata) New Zealand
3. Kylian Mbappé (7.5 mata) Perancis
4. Yasin Ayari (7.5 mata) Sweden
5. Harry Kane (7.2 mata) England
6. Erling Haaland (7.0 mata) Norway
7. Amad Diallo (7.0 mata) Ivory Coast
8. Alexander Isak (7.0 mata) Sweden
9. Vinícius Júnior (7.0 mata) Brazil
10. Luis Díaz (6.9 mata) Colombia 🇨🇴
2. Kategori Kreativiti: Ramin Rezaeian Mengatasi Barisan Perancang Dunia (Skor: 8.23 mata)
Bagi kategori Kreativiti pula, ia mengukur keupayaan pemain dalam menggerakkan serangan dan mencipta peluang, sekaligus mengejutkan ramai pihak apabila diterajui oleh pemain pertahanan kanan Iran, Ramin Rezaeian.
Walaupun beraksi di posisi pertahanan, Rezaeian menjadi nadi utama ketika Iran terikat seri menentang New Zealand. Beliau berjaya menyumbang:
– 16 hantaran progresif ke kawasan lawan.
– 13 kali memecah unit tengah dan pertahanan skuad All Whites.
– Menjaringkan gol penyamaan pertama Iran dan terlibat secara langsung dalam gol kedua pasukan.
Berikut adalah senarai nama pemain bagi kategori ‘Kreativiti’ dalam FIFA Power Rankings mengikut kedudukan:
1. Ramin Rezaeian (8.2 mata) Iran
2. Michael Olise (7.4 mata) Perancis
3. Florian Wirtz (7.3 mata) Jerman
4. Lee Kangin (7.3 mata) Korea Selatan
5. Julio Enciso (7.3 mata) Paraguay
6. Ryan Gravenberch (7.3 mata) Belanda
7. Bukayo Saka (7.2 mata) England
8. Amad Diallo (7.2 mata) Ivory Coast
9. Brahim Díaz (7.2 mata) Maghribi
10. Mohamed Salah (7.2 mata) Mesir
3. Kategori Pertahanan: Derek Cornelius Tembok Kebal Kanada (Skor: 7.28 mata)
Di sebalik tumpuan media yang sering terarah kepada penjaring gol, kategori pertahanan mengangkat impak pemain yang berjaya mengekang bahaya demi keputusan pasukan.
Pertahanan tengah Canada, Derek Cornelius, menerajui sistem Power Rankings ini selepas mempamerkan aksi bertaraf dunia ketika menentang Bosnia dan Herzegovina.
Statistik Cornelius membuktikan beliau layak berada di puncak:
– Merekodkan 17 rampasan bola (possession regains), angka tertinggi berbanding mana-mana pemain dalam pusingan pembukaan.
– Melakukan 13 kekangan (clearances), 4 hadangan (blocks), dan 4 terjahan pantas (tackles).
– Memenangi 8 perebutan bola di udara (aerial duels).
Berikut adalah senarai nama pemain bagi kategori ‘Pertahanan’ dalam FIFA Power Rankings mengikut kedudukan:
1. Derek Cornelius (7.3 mata) Kanada
2. Nikola Katić (7.1 mata) Bosnia & Herzegovina
3. Tarik Muharemović (7.1 mata) Bosnia & Herzegovina
4. Xaver Schlager (7.0 mata) Austria
5. Tyler Adams (6.9 mata) Amerika Syarikat
6. Sidny Lopes Cabral (6.7 mata) Cape Verde
7. Amar Dedić (6.6 mata) Bosnia & Herzegovina
8. Jesús Gallardo (6.6 mata) Mexico
9. Willy Semedo (6.6 mata) Cape Verde
10. Alessandro Circati (6.6 mata) Australia
Sistem interaktif Power Rankings ini akan terus dikemas kini oleh pihak FIFA selepas tamatnya setiap perlawanan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2026™ berlangsung.