Penjaga gol Bodø/Glimt, Nikita Haikin, disahkan tidak layak mewakili Norway selepas FIFA menolak permohonannya untuk bermain bersama skuad kebangsaan negara itu.

Keputusan tersebut bermakna Haikin tidak akan dapat beraksi untuk Norway di Piala Dunia 2026 yang akan datang.

Kerana dia masih perlu untuk menepati syarat mastautin sekurang-kurangnya sehingga 2028 barulah dia boleh mewakili Norway.

Kisah Haikin sememangnya agak unik. Nikita Haikin adalah penjaga gol yang dilahirkan di Isr*l.

Namun dia telah membesar di United Kingdom. Dia memiliki susur galur keturunan Rusia.
]
Kemudian, pada baru-baru ini. dia telah memperoleh kerakyatan daripada kerajaan Norway selepas dia memohon untuk menjadi rakyat negara itu.

Selepas mendapat kerakyatan diberikan kerajaan Norway, Haikin memohon untuk mewakili negara itu untuk Piala Dunia 2026 akan datang.

Namun begitu, FIFA memutuskan bahawa pemain itu masih belum memenuhi syarat tempoh pemastautin yang ditetapkan dalam peraturan antarabangsa.

Haikin sebelum ini menjadi antara tonggak utama kejayaan Bodø/Glimt di Eropah dan sering dipuji atas konsistensinya di bawah gawang.

Dia menerima banyak pujian kerana prestasinya di peringkat kelab.

Walaupun kini sah bergelar warga Norway, namun karier antarabangsanya masih perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum layak dipertimbangkan semula oleh FIFA untuk dia menjadi pemain kebangsaan Norway.

Seterusnya, Haikin terpaksa melupakan sahaja impiannya untuk bermain di Piala Dunia 2026 dengan pasukan Norway.