Selepas 15 tahun pembikinan, filem seram arahan Allahyarham Majed Salleh iaitu Syaitan Munafik akhirnya ditayangkan di pawagam.

Menerusi laporan, pelakon Zila Bakarin yang membawa watak isteri curang berasa bimbang akan adegan ‘panas’ dirinya berkemban akan ditayangkan dalam filem terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, babak tersebut sememangnya membimbangkan memandangkan dia kini sudah pun berhijab.

“Jujurnya, saya sendiri tidak ingat pasal filem ini kerana sudah lama sangat. Memang benar saya seksi habis dalam filem ini, selamba sahaja berkemban.

“Sebelum ini, saya ada dimaklumkan oleh pihak produksi filem ini akan ditayangkan. Cuma, saya tak tahu bila tarikhnya.” ujarnya.

Walau bagaimanapun, dia sedar bahawa penayangan filem ini terletak di tangan penerbit dan disebabkan itu dia hanya mampu berdoa agar semua pihak memahami situasi itu memandangkan babak ‘panas’ itu dilakonkan semasa dia masih belum berhijab.