Pelakon Zila Bakarin mendedahkan bahawa dirinya kini berasa lebih tenang dan selamat selepas membuat keputusan untuk berhijrah dengan menutupi rambutnya pada sekitar tahun 2020.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan pelakon wanita 48 tahun itu menceritakan kisah penhijrahannya dan saat-saat yang mengubah hidupnya.

Baca Juga:

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Zila Bakarin di TikTok, dapat diketahui detik penghijrahan itu berlaku selepas beliau merasakan tidak selamat untuk keluar rumah walaupun telah mengenakan pakaian.

Ulas beliau lagi, timbul rasa gelidah dan tidak senang duduk ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.

“Saya ini terkenal dengan pakaian saya dululah, dengan rambut, pakaian. Tak pernah dalam almari tu pakaian bertutup, demi Allah saya cakap.

“Sehingga esoknya nak pergi ambil anak sekolah, saya keluar rasa macam tanpa seurat benang.

“Saya pakai baju tapi kenapa macam sejuk je macam takut, rasa macam tidak selamat. Gelisah satu rumah dan saya ambil tudung dan pakai. Saya keluar dan rasa Ya Allah inilah selamatnya aku.

“Bermula dari itu saya pakai sampailah ke hari ini, alhamdulilah,” ceritanya dengan penuh emosi.

Perkara itu juga membuatkan anaknya terkejut kerana melihat penampilannya lain daripada sebelum ini.

Tambah Zila, penghijrahannya itu berlaku secara tiba-tiba dan bukannya paksaan daripada orang lain.

“Benda itu datang sendiri, saya ambil tudung saya pakai pergi ambil anak sekolah. Anak saya macam seriuslah mama”

“Sebab benda itu berlaku dalam sekejap, hari ini saya jadi macam ini (tak pakai tudung), esok saya jadi macam sekarang (pakai tudung).

“Saya pun macam ye ke tapi saya rasa sekarang ini saya lagi tenang. Kenapa tak macam ini dulu?” ujarnya.

Walaupun perkara itu berlaku secara mengejut namun beliau tidak merisaukan tentang pekerjaannya, malah hanya memikirkan tentang perubahan yang membawa kebaikan kepada dirinya.

Zila berkata beliau hanya mahu berubah dan tidak mahu kembali kepada dirinya yang dulu.

@soscililekir2

Doakan Zila Bakarin Kekal Istiqomah Dan Moga Perubahannya Diberkati Allah🥰 #zilabakarin #fyp #fypシ゚viral #fypシ #masukfyp #masukberanda #fypage #foryoupage

♬ original sound – zilabakarin2 – SOS CILI LEKIR

“Sebenarnya saya pun tidak tahu benda itu (penghijrahan) tiba-tiba je berlaku dan benda itu berlaku dengan saya tidak terfikir pun tentang selepas ini tiada job, orang tidak suka.

“Saya fikir ‘oh aku nak berubah, nak berhijab aku nak ubah semua dulu yang aku pernah buat’. saya nak berubah, tidak mahu jadi macam dulu dan terus je benda itu jadi macam itu.

“Tiada perkara ataupun tiada benda yang boleh membuatkan saya (terfikir) ‘oh kerana benda ini aku nak pakai tudung’, tak,” jelasnya.

Penghijrahan ini sudah pasti disambut baik oleh para peminatnya. Malah, ada pengguna maya yang tersentuh dengan kisahnya dan mahu berhijrah ke arah kebaikan.