Final Piala Asia 2023 – Jordan vs Qatar [10 Februari 2024, 11:00 PM, Stadium Lusail]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Asia 2023 yang melibatkan pasukan Jordan menentang Qatar menerusi saluran yang disediakan di bawah.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Jordan Cipta Sejarah Mara Ke Final
- Piala Asia 2023: Gol Almoez Ali Bawa Qatar Ke Final
Link Siaran langsung:
- Astro Arena
- YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)
- Sukan RTM (111)
- TV Okey (110)
- fancode
Jika pilih saluran Astro Arena, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.
Jangan risau jika TV anda tiada saluran Astro kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga menyiarkan semua perlawanan Piala Asia 2023 secara percuma menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.
𝐀𝐥𝐥 𝐫𝐨𝐚𝐝𝐬 𝐥𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐨 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐦𝐨𝐦𝐞𝐧𝐭!
Two teams will face each other at #AsianCupFinal in the quest to etch their name for eternity!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #JORvQAT pic.twitter.com/q3EBIKUpTy
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 8, 2024
Selepas hampir sebulan menempuh perjalanan yang mencabar, tuan rumah Qatar dan Jordan sudah sampai ke kemuncak saingan Piala Asia 2023, dengan satu daripada mereka bakal dinobatkan sebagai juara.
Tuan rumah yang memenangi gelaran sulung pada final edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), merupakan pasukan yang lebih baik berdasarkan ranking dunia apabila berada di posisi ke-58, manakala Jordan di kedudukan ke-87.
Jika Qatar mempunyai Afif sebagai taruhan terbaik, Jordan memiliki Yazan Al-Naimat dan Mousa Al-Tamari, yang masing-masing sudah menjaringkan tiga gol serta Mahmoud Al-Mardi, yang mengumpul dua gol.
Jordan yang dianggap sebagai pasukan bukan pilihan, tiada tekanan berbanding Qatar, dan pernah menewaskan pihak lawan 2-1, ketika kedua-dua pasukan bertemu pada aksi persahabatan antarabangsa 5 Januari lepas.
Namun berdasarkan rekod pertemuan sebelum itu, Qatar merupakan pasukan yang lebih unggul apabila tidak tewas kepada Jordan dalam empat pertemuan terakhir sejak 2012, dengan meraih dua kemenangan dan dua kali seri.