Kalau anda salah seorang rakan pemandu atau penghantar Grab, mesti anda tahu betapa pentingnya sokongan komuniti. Dan baru-baru ini, Grab Malaysia membuktikan sekali lagi yang mereka bukan sekadar platform e-hailing dan penghantaran makanan semata-mata.

Grab Malaysia baru saja selesai menganjurkan Perlawanan Akhir Piala Rakan Grab peringkat kebangsaan yang diadakan bersempena dengan Festival Rakan Grab 2024.
Kejohanan bola sepak komuniti ini adalah platform untuk rakan pemandu dan penghantar dari seluruh Malaysia tunjukkan bakat masing-masing di padang bola, sambil eratkan silaturahim.
Lebih 1,200 Rakan Grab Sertai, Dari 11 Bandar Seluruh Negara

Kejohanan Piala Rakan Grab ni bukan calang-calang. Ia bermula awal tahun ini hasil kerjasama Grab Malaysia dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Diadakan di 11 bandar seluruh negara, kejohanan ini berjaya kumpulkan lebih 1,200 rakan Grab bersama keluarga masing-masing.
Juara dari setiap negeri termasuk Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah telah dibawa ke Kuala Lumpur untuk berentap di peringkat kebangsaan.
Dan akhirnya, Langgor FC dari Perak berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan Piala Rakan Grab!
Festival Rakan Grab, Lebih Dari Sekadar Bola Sepak

Perlawanan akhir ini juga turut diserikan dengan Festival Rakan Grab, sebuah acara komuniti yang bukan sahaja menampilkan aksi bola sepak, tetapi juga pelbagai aktiviti menarik dan pameran khas daripada rakan GrabBenefits.
Untuk anda yang mungkin baru dengar tentang GrabBenefits, ini adalah satu program yang membantu memudahkan hidup rakan-rakan Grab dengan pelbagai kelebihan.
Pada tahun ini, Grab Malaysia telah memperluaskan GrabBenefits daripada 3 kepada 5 teras utama, iaitu:
- Insurans, Takaful & Perlindungan Sosial
- Tawaran Harian
- Akademi (latihan & pembangunan kemahiran)
- Penyelesaian Kewangan Gig
- Komuniti
Bagi memastikan semua inisiatif ini berjalan lancar, Grab Malaysia telah memperuntukkan dana melebihi RM10 juta. Ini untuk membina sistem sokongan yang lebih menyeluruh dan bersepadu untuk rakan pemandu dan penghantar.
Everyday Heroes Awards, Pengiktirafan Untuk Yang Cemerlang
Selain kejohanan bola sepak, acara ini turut meraikan rakan Grab yang telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun 2024 melalui Everyday Heroes Awards. Antara kategori yang diberikan termasuk:
- Best Service Award
- Most Ride/Deliveries Award
- Longest Serving Partner
Ini adalah salah satu cara Grab menghargai usaha dan komitmen mereka sepanjang berkhidmat dengan platform ini.
Bukan Sekadar Perlawanan, Ini Tentang Komuniti & Semangat Perpaduan

Menurut Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia, acara seperti Piala Rakan Grab dan Festival Rakan Grab adalah salah satu usaha Grab untuk menyokong komuniti rakan mereka secara lebih bermakna.
“Acara seperti ini merupakan cara yang bermakna bagi kami untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kami di luar rutin harian, menggalakkan perpaduan, kerja berpasukan, dan semangat kesukanan melalui bola sepak. Ia juga mengukuhkan komitmen berterusan kami untuk menyokong rakan-rakan kami dalam aspek yang penting kepada mereka dan keluarga mereka,”
Komitmen Berterusan Untuk Memperkasa Rakan Grab

Melalui program seperti ini, Grab Malaysia terus berusaha untuk membangkit dan memperkasa komuniti rakan pemandu dan penghantar.
Sama ada melalui peluang di padang bola atau aktiviti komuniti lain, misi Grab jelas untuk memupuk semangat perpaduan yang kukuh, sambil terus menyokong kesejahteraan dan aspirasi rakan-pemandu dan rakan-penghantarnya.