Baru-baru ini dilaporkan Mondy, individu yang dibantu Ebit Lew mendedahkan ‘wajah sebenar’ pendakwah tersebut dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya sepanjang dia berada di Malaysia.

Susulan isu panas tersebut, Ebit Lew yang baru sahaja tiba ke Malaysia dari Jeddah memaklumkan menerusi Instagramnya bahawa dia telah membuat satu laporan polis susulan kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (Arab Saudi) 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.” tulis Ebit.

Menurutnya, dia menyerahkan segala urusan kepada pihak polis dan peguamnya untuk tindakan selanjutnya berhubung fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Walau bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara terperinci mengenai butiran laporan terbabit.