Fizz Fairuz telah tampil bidas ibu bapa yang berkira nak mengeluarkan wang untuk majlis graduasi anak anak mereka.
Sebelum ini ada ibu bapa termasuk selebriti Andrea Abdullah mengeluh dengan trend majlis graduasi sekolah yang semakin mahal.
Baca Juga:
- Trend Majlis Graduasi Sekolah Di Hotel, Ibu Bapa Dakwa Bagaikan ‘Diperas Ugut’
- Tertidur Semasa Majlis Graduasi, Gelagat Timbalan Menteri Kerja Raya Ini Curi Perhatian Dunia
- Ibu Bapa Mengeluh Trend Majlis Perpisahan Sekolah Yang Semakin Mahal
Ibu Bapa Mengeluh Trend Majlis Perpisahan Sekolah Yang Semakin Mahal
Di mana ada yang diadakan di hotel yang membuatkan ibu bapa perlu membayar ratusan ringgit untuk membolehkan anak mereka hadir.
Menurut Andrea, ibu bapa seolah-olah dipaksa untuk membayar mahal, sekitar RM150 hingga RM200 untuk tujuan berkenaan.
“Eh apa ini? Kalau RM15 atau RM20 boleh terima lagi tapi RM150, RM200, itu untuk pelajar saja. Kalau ibu nak datang, kena tambah lagi RM150. Kalau dua-dua (ibu bapa) nak datang tambah lagi RM150.
“Jadi kalau anak RM200, ibu bapa dah RM300, dah RM500 tahu? Takkanlah bayar untuk anak saja, keluarga tak datang, nanti apa pula orang kata. Kenapa bapa tak datang? Kenapa mak tak datang? Kasihan budak ini.
“Boleh saya katakan perkara ini keputusannya dibuat oleh guru besar sekolah itu sendiri. Jadi, kenapa perlu buat di hotel lima bintang?
“Nak tunjuk yang sekolah kita ini ‘have-have’ dan bermegah-megah di media sosial ke?
“Yang pertama, fikir tak yang ibu ayah ini tak semuanya mampu, tak semuanya kerja bagus-bagus.
“Yang kedua, ada ibu bapa yang mempunyai anak ramai jadi komitmen mereka bertambah mana boleh macam itu saja nak keluarkan duit. Kalau anak dia ada lima orang macam mana?”
@adreaabdul Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah! #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil
“Ia sama sekali tidak masuk akal kerana bagi saya perkara ini seolah-olah menganiaya ibu ayah itu sendiri,” luahnya lagi.
Pandangan itu kurang disenangi Fizz Fairuz yang menegaskan bahawa sekolah memilih tempat yang mahal demi keselesaan para pelajar untuk menikmati majlis tersebut.
Dipetik dari Mstar, Fizz Fairuz bidas ibu bapa yang banyak songeh itu dengan berkata: “Sekolah buat kat tempat selesa dikatakan tak sesuai. Bila buat di sekolah sahaja dikatakan, tiada tempat lain ke nak buat dengan panasnya.
“Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni. Untuk anak anak bagi sahajalah, mereka buat sebab PIBG dah setuju dan ibu bapa dan setuju.
“Kalau tak setuju mereka tidak buat. Setahu sekali buat, buat hari hari keluarkan RM150-RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal mahal boleh.
“Takkanlah untuk anak nak berkira, pendapat sayalah.