"Abang, masakan ni lagi sedap kalau ada bawang goreng," kata saya kepada suami sejurus merasa makanan yang baru dimasak sebentar tadi.

"Hah, plastik tu?" suami bertanya semula, terperanjat barang kali.

"Iya tak iya," jawab saya pendek sambil teringat artikel lama yang pernah saya baca satu ketika dahulu tentang bawang goreng yang diletak plastik agar rangup.

"Kan best kalau ada bawang goreng sebenar, daripada bahan semulajadi dan selamat," hati berbunyi.

foodmarket-10

Esoknya di Telegram, group bisnes #nbr oleh Tuan Izwan Robotys, rancak orang-orang bisnes berbincang tentang halal marketplace. Atau dalam Bahasa Melayunya, e-commerce menjual barangan halal.

Perkara ini mengingatkan saya tentang satu e-commerce makanan halal, kepunyaan orang Malaysia.

E-commerce ini diberi nama Foodmarket.com.my.

Hasil perbincangan dan pencarian, Alhamdulillah, saya berpeluang menemui Facebook CEO Husam Waksa Group of Companies, Engku Isa Al-Husam, atau lebih dikenali sebagai Engku Husam, lantas mengadakan sesi soal jawab melalui online dengan beliau.

Pengenalan Foodmarket.com.my

Foodmarket.com.my adalah penyelesaian kepada masalah bawang goreng plastik yang saya hadapi sebelum ini.

Packaging dan food stylin RGC Pes Ayam Madu oleh Husam Waksa Group yang menarik perhatian.
Packaging dan food stylin RGC Pes Ayam Madu oleh Husam Waksa Group yang menarik perhatian.

Dan ianya adalah penyelesaian sebenar kepada orang-orang bandar untuk mendapatkan makanan-makanan etnik tempatan berkualiti yang buat kita terkecur air liur.

Dalam laman web Husam Waksa, syarikat ini menulis:

"FOODMARKET has become a new lifestyle and online shopping spree experience to the Malaysians. Don't be surprise if you may find local petai and at the same time UK brands with us!"

Selain daripada menjual barangan daripada jenama terkenal seperti Julie’s Biscuit, Adabi dan Gardenia (orang Sabah dan Sarawak sangat suka import roti Gardenia dari Malaya), syarikat ini juga mendapatkan barangan daripada jenama tempatan dan pengusaha-pengusaha kecil.

100 Jenis Sambal Dan Produk IKS

Walaupun baru memulakan operasi laman web pada tahun 2014, Foodmarket kini menjual kira-kira 100 jenis sambal dan produk IKS, 200 produk import dan 400 makanan jenama tempatan.

Gambar oleh The Malay Mail
Pelbagai barangan keluaran Syarikat Vias, Jeruk Pak Ali, Budu dan Pekasam yang dijual di Foodmarket. Gambar oleh The Malay Mail

50 jenis sambal boleh didapati di sini, dengan pelbagai pilihan yang rare.

Sambal hitam Pahang, sambal strawberri ikan masin, sambal ayam penyet, sambal acar ikan talang utara, sambal ubi kentang, sambal acar ikan terubuk masin, sambal acar buah, sambal ikan bilis dan sambal acar limau adalah di antara pilihan yang ditawarkan di laman web ini.

Ini belum lagi dikira beberapa jenis belacan, budu, cencaluk dan tempoyak yang boleh didapati di sini. Dan off course, Premium Bawang Goreng by Malay Cook juga boleh didapati secara eksklusif di Foodmarket.

Gambar The Malay Mail
Sambal Abang Stawberi dan Bawang Goreng C Bee adalah di antara produk yang dijual di Foodmarket. Gambar oleh The Malay Mail

Seperti motto pasukan ini yang dikongsi secara gurauan terhadap pembekal-pembekal mereka, "If Tesco doesn’t want to talk to you, come and talk to us and we will make you big".

Sesi Soal Jawab Bersama Engku Husam

Yang pasti, selain daripada menyediakan pelbagai pilihan makanan tempatan yang mengujakan, Foodmarket adalah sebuah e-commerce yang menarik dan berdaya maju.

Kami amat bertuah kerana diberi peluang untuk mengadakan sesi soal jawab bersama Engku Husam dan mengenali syarikat ini dengan lebih mendalam.

Ikuti sesi soal jawab Vocket bersama CEO Husam Waksa Group of Companies, Engku Husam, pemilik e-commerce Foodmarket.com.my di bawah:

1. Kami dapat tahu, pada mulanya syarikat Tuan membuat bisnes eksport makanan sebelum terlibat dengan Foodmarket. Boleh ceritakan serba sedikit tentang perkara ini.

Syarikat Husam Waksa Sdn Bhd ditubuhkan pada 5 April 2015 pada 10 tahun yang lalu dengan memfokuskan kepada perniagaan berteraskan trading produk pertanian.

Semenjak tahun 2008 kami mula mengeksport ke Thailand dan kemudiannya mula memasuki pasaran seperti Mesir, Syria dan Afrika.

Hanya pada tahun 2011 kami lebih fokus dan mengambil keputusan untuk menumpukan pasaran Arab Saudi dan Alhamdulillah hari ini kami telah mengeksport lebih daripada 500 jenis produk makanan Malaysia ke Arab Saudi. Kami juga mempunyai akaun di pasaraya-pasaraya utama di Saudi dan memegang hak pengedaran untuk beberapa jenama besar di Malaysia seperti Yeos, Adabi, F&N, Faiza dan banyak lagi.

Perkembangan terbaru adalah kami sedang dalam proses untuk membuka ‘Kedai Asia’ di Jeddah yang dijangkakan akan dibuka pada April ini.

Menurut pejabat Matrade di Jeddah, sehingga hari ini kami adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang beroperasi di Arab Saudi dengan memfokuskan kepada perniagaan pengedaran dan peruncitan makanan Halal Malaysia, selain daripada syarikat-syarikat lain di dalam bidang hartanah, pengurusan haji, perhotelan, prasarana dan lain-lain.

2. Dengan modal sebanyak RM50,000, Foodmarket berjaya mencecah jualan sebanyak RM10,000 pada bulan pertama. Ini adalah pencapaian yang menakjubkan! Apakah yang menyebabkan orang ramai berminat dengan laman e-commerce ini?

Foodmarket diasaskan di atas faktor kelemahan dan peluang sedia ada. Kita sememangnya mempunyai pelbagai produk yang menarik di pasaran khususnya produk hasilan kampung, IKS dan sebagainya.

Kelemahan pengusaha ini adalah pemasaran. Kami melihat perkara ini sebagai masalah yang perlu diselesaikan dan pasaran online adalah jawapan untuk permasalahan ini. Online tidak mempunya had dan batasan pemasaran dan produk dapat sampai terus ke pengguna.

Antara produk yang paling diminati di Foodmarket kesemuanya berkaitan dengan makanan etnik dan makanan kampung seperti pekasam, budu, sambal hitam, tempoyak. Semua produk ini diminati ramai tetapi sukar untuk didapati di bandar-bandar besar khususnya Kuala Lumpur.

Kami di team Foodmarket sendiri sukakan makanan ini dan kami hanya berpeluang untuk makan makanan ini apabila pulang ke kampung. Dengan adanya Foodmarket kini makanan istimewa ini boleh didapati bila-bila masa sahaja.

Foodmarket bukan sahaja mengembalikan nostalgia, memberikan rasa keterujaan kerana produk-produk kegemaran mudah dibeli malah dapat membantu pengusaha kampung untuk mengembangkan perniagaan dan meluaskan pasaran mereka.

Sehingga hari ini kami langsung tidak mengiklankan Foodmarket secara komersil dan semuanya adalah hasil penceritaan mulut ke mulut.

3. Pada usia yang muda, Tuan Engku Husam telah menguasai bisnes import-eksport. Boleh ceritakan bagaimana Engku bermula, dan bagaimana mereka yang berminat boleh memulakan bisnes sebegini.

Kami tidak bernasib baik dalam perniagaan import. Banyak yang telah kami cuba import dan tidak menjadi.

Tetapi nampaknya rezeki kami banyak dengan mengeksport. Eksport sebenarnya bagi kami lebih mudah berbanding untuk memasarkan di negara sendiri. Kami tidak mempunyai network yang kukuh untuk pasaran peruncitan di Malaysia.

Amal Azman, pengurus Husam Waksa Sdn Bhd. Via Foodmarket's Blog
Amal Azman, pengurus Husam Waksa Sdn Bhd. Via Foodmarket’s Blog

Tetapi untuk menapak di negara luar pula kami telah menghabiskan 3 4 tahun dengan membina profil dan nama. Berurusan dengan Arab Saudi mementingkan hubungan dan rasa kepercayaan yang tinggi. Untuk mendapat kepercayaan ini memakan masa yang agak lama. Tetapi setelah kepercayaan dibina perkara lain-lain menjadi sangat mudah.

4. Boleh ceritakan khidmat pembungkusan yang ditawarkan untuk pengusaha-pengusaha kecil.

Sebenarnya (pada mulanya) tiada perkhidmatan ini yang kami tawarkan. Tetapi semenjak kami memulakan Foodmarket kami melihat masalah produk tempatan adalah mahal kosnya tetapi pembungkusan sangat buruk dan tidak menarik.

Bagaimana kita hendak menjual produk dengan harga yang lebih mahal daripada pasaran tetapi rupanya tidak cantik.

Air minuman #SMCPulun adalah salah satu tugas pembungkusan oleh Husam Waksa Group
Air minuman #SMCPulun adalah salah satu tugas pembungkusan oleh Husam Waksa Group

Maka kami mulakan dengan rakan-rakan terdekat dengan memujuk mereka untuk menukar pembungkusan kepada design yang lebih up to date dan ada nilai-nilai antarabangsa. Kemudian secara organik, ramai mula memperkatakan hasil kerja kami dan akhirnya hari ini kami mempunyai tim khas untuk kerja-kerja kreatif.

Harapan kami suatu hari nanti produk Malaysia akan mempunyai pembungkusan yang menarik setanding produk-produk makanan dari Eropah dan barat.

Bagi yang menginginkan perkhidmatan kami boleh terus berbincang dengan kami dan kami akan nasihatkan bukan sahaja sekadar hal grafik, tetapi mencakupi keseluruhan daripada Food & Drugs Law, competitiveness untuk kos dan printing dan viability. Perkara ini sukar untuk didapati daripada pereka grafik di luar kerana mereka hanya mempunyai pengetahuan mereka grafik, tetapi tidak mempunyai pengalaman industri, pengeluaran (production) dan pemasaran.

5. Perkhidmatan lain yang disediakan oleh Foodmarket.

Kami menawarkan pakej sekiranya ada yang ingin menempah hadiah, corporate gift, hamper dan sebagainya. Sehingga hari ini kami banyak menerima tempahan sekitar KL untuk hamper dan pelanggan kami terdiri daripada semua lapisan masyarakat termasuk pesanan daripada istana-istana. 23 Mac ini kami akan melancarkan produk baru untuk premium gift ‘Chendera Kasih’ yang akan dilancarkan oleh KDYTM Tengku Puan Pahang.

Packaging dan food stylin RGC Pes Ayam Madu oleh Husam Waksa Group yang menarik perhatian.
Packaging dan food stylin RGC Pes Ayam Madu oleh Husam Waksa Group yang menarik perhatian.

Foodmarket menawarkan perkhidmatan bukan sahaja penghantaran ke seluruh pelusuk Malaysia malah seluruh ASEAN dan beberapa negara luar. Kami mempunyai pelanggan dari Brunei, London, Arab Saudi, Jerman dan banyak lagi.

6. Kisah menarik sepanjang mengusahakan Foodmarket.

Banyak kisah menarik setelah satu tahun Foodmarket beroperasi. Hari ini Foodmarket telah membantu lebih daripada 100 pengusaha seluruh Malaysia daripada orang kampung, ibu tunggal, kumpulan kurang upaya, penerima zakat melalui program Asnaf Zakat dan macam-macam lagi kisah menarik di sebalik setiap produk yang terjual di Foodmarket.

Kami juga mempunyai pelanggan yang lumpuh dan Foodmarket adalah tempat beliau membeli-belah produk kesukaan terutama sekali petai jeruk.

KDYTM Tengku Puan Pahang adalah pelanggan setia Foodmarket.
KDYTM Tengku Puan Pahang adalah pelanggan setia Foodmarket.

Kami mempunyai satu produk yang menjadi kesukaan ramai iaitu Bawang Goreng Premium Malay Cook dan antara pelanggan setia kami adalah KDYTM Tengku Puan Pahang dan baginda telah membawa bawang ini ke serata negara yang dilawati dan menjadi ole-ole untuk rakan-rakan. Produk Foodmarket menjadi duta negara dan duta diplomatik melalui keindahan makanan Malaysia untuk orang luar.

Cerita-cerita sebegini membuatkan kami berasa gembira.

7. Apakah perancangan masa hadapan Foodmarket?

Kami ingin menambah lagi produk-produk unik di Foodmarket dan kerja ini tidak akan berhenti. Insyallah kami juga ingin menambah baik perkhidmatan kami dengan melancarkan apps. Semua ini dalam proses.

Pekasam dengan pakej menarik ini direka dan dijual di Foodmarket.
Pekasam dengan pakej menarik ini direka oleh dan dijual di Foodmarket.

Perancangan expansion kami adalah kami sememangnya mencari pelabur untuk membesarkan lagi operasi Foodmarket dan ingin menjadi pemain utama di ASEAN. Sekiranya ada pelabur korporat di luar sana berminat sememangnya kami melihat ke arah visi tersebut dan kami bersedia untuk berbincang.

8. Pesanan untuk pembaca The Vocket.

Jangan lupa cuba shopping di Foodmarket.

Projek Mural CSR oleh Husam Waksa Group di Institute for Pioneering of Education and Excellence.
Projek Mural CSR oleh Husam Waksa Group di Institute for Pioneering of Education and Excellence.

9. Bagaimana untuk mengikuti perkembangan semasa Foodmarket?

Foodmarket ada di Instagram @food.market atau Facebook Foodmarket.my.

Layari laman web Foodmarket.com.my untuk lebih banyak makanan citarasa Malaysia. Anda juga boleh menonton saluran resepi Foodmarket di Youtube.

BACA: Rahsia Kedai Online Ini Mendapat 100,000 Likers Secara Organik Dalam Masa 4 Bulan