Musim Formula 1 untuk edisi 2017 baru sahaja melabuh tirai di Grand Prix Abu Dhabi pada hujung minggu lalu dengan juara keseluruhan untuk musim ini dimenangi oleh Lewis Hamliton dari pasukan Mercedes AMG Petronas. Musim hadapan Formula 1 akan memasuki era baharu dan baru-baru ini, Ketua F1 telah mendedahkan logo baharu Formula 1 kepada peminat. Penjenamaan semula di lakukan buat kali pertama setelah hampir setengah abad dan 14,000 penyokong dari 7 negara memberikan maklum balas untuk membentuk identiti baru F1.

Logo itu bertujuan untuk menandakan identiti baru F1 dan menggambarkan bentuk kereta Formula 1 dengan estetik yang rata dan lebih rendah. Perubahan ini diterajui oleh Ellie Norman, Pengarah Pemasaran Formula 1 yang pertama. Menurut beliau, rekaan semula adalah langkah pertama untuk menjadikan sukan ini dapat menarik peminat peminat baru.

“When we talked to fans about what made Formula 1 amazing, what we heard was people loved the real, exhilarating, unpredictable and incomprehensibly fast elements of the sport. It was about racing. But many felt those days were behind us and that the sport has become almost impenetrable for fans, particularly new ones.

It was clear we were going to need to address some fundamentals of our brand, if we were to realize our ambition to make Formula 1 a major entertainment player and claim our rights to be the global media brand we should be. What we say and do now is so important for our future, but it must always be driven by our fans. They come first.”

Logo baru ini, akan menjadi tumpuan utama pada perlumbaan F1 yang akan berlangsung di Grand Prix 2018 Australia pada bulan Mac 2018.

Sumber